Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, April 9, 2011

Mee Hun Belacan Sarawak


Salam hujung minggu.  Sabtu merupakan hari terbaik untuk sesi masak-masak.  Untuk menu tengahari ni Pak Tambang teringin pula nak makan Mee Hun Belacan.  Kalau kat Kuching mee hun belacan ni paling sedap kat Swee Kang , Jalan Haji Taha (tak jauh dari Hotel Domani).  Mee Hun  Belacan Pak Tambang ni tak kurang juga sedapnya....Semua orang puji sedap...Itulah yang Pak Tambang suka bila memasak..

Resepi Mee Hun Belacan Sarawak

Bahan-Bahan
1 Bungkus Bee Hun - direndam dan dicelur..

Bahan Kuah
1 Biji Bawang Merah Bombay (Bawang Besar pun boleh).
10 biji Cili kering (direndam dalam air suam)
200 gm Belacan (nak sedap pakai belacan Bintulu)
1 Liter Air 
Gula Apong atau Gula Melaka secukup rasa
1 sudu teh Tepung Jagung
Garam secukup rasa
Kicap masin dan manis Kipas Udang - secukup rasa
2 sudu Otak Udang

Bahan-Bahan Sampingan
3 Biji telur Padi
1/2 kg sotong kembang
1 biji timun
2 biji cili merah

Cara Memasak
Kisar bawang dan cili kering bersama air.  Selepas itu masak hingga mendidik.  Selepas itu masukkan gula apong, tepung jagung, kicap, otak udang dan garam secukup rasa.  Masak kuah tadi hingga pekat.  Kemudian masukan Mee Hun, timun, cili, sotong dan telur padi ke dalam mangkuk.  Kemudian masukan kuah dan sedia untuk dinikmati.  Selamat mencuba...Dalam resepi ni Pak Tambang lupa nak masukan sotong...hehhehe tapi masih sedap juga.... PT




3 comments:

  1. adohhh lior nangga mee ya,lamak sik mkn kohhh

    ReplyDelete
  2. otak udang? cne mok oleh ya?

    ReplyDelete
  3. Sik ada pun 'masukkan belacan' dlm resepi took?

    ReplyDelete

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor