Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Thursday, April 7, 2011

Butter Prawn DeliChef - Dapur Tanpa Sempadan



Selamat bertemu lagi...Petang tadi Pak Tambang sempat masak-masak.....Walaupun penat dengan tugasan harian namun minat memasak menjadikan Pak Tambang lebih bersemangat untuk balik awal....Kali ini Pak Tambang dah masak makanan yang paling disukai oleh isteri Pak Tambang iaitu Butter Prawn....Isteri Pak Tambang bukan tak reti nak masak cuma saja je nak rasa air tangan Pak Tambang....Cara penyediaannya juga mudah...yang penting udang mesti fresh dan Butter Cereal Seasoning Powder (Cosway).

Bahan-Bahan
500gm Udang Segar
1 biji telur
100gm Butter
3 sudu besar Butter Cereal Seasoning Powder
Daun kari..

Cara Memasak
Goreng udang yang telah dibersihkan hingga garing @ masak.  Selepas masak  asingkan ke dalam bekas yang lain.  Kemudian panaskan kuali dan masukkan butter, telur, daun kari dan serbuk Butter Cereal.  Kacau hingga sebati.  Selepas itu masukkan udang dan kacau hingga rata dan sedia untuk dihidangkan.  Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor