Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, April 24, 2011

Yong Tau Foo @ Taman Bertam Perdana Melaka


Jumpa lagi.Kali ni Pak Tambang nak cerita skit tentang Yong Tau Foo dekat Melaka...Kalau tak silap dekat Taman Bertam Perdana...Makan kat sini memang thump up coz Yong Tau Foo dia bukan setakat fresh tapi memang sedap...lah...Tengok je dah tahu..Paling baek punya harga untuk 4 orang makan tak sampai RM20...Murah giler...Thanks la pada Tourist Guide kami yang bawa makan kat situ...Kawan dia punya so dapatlah harga murah....




Yang ni lah taurist guide kami ngan adik Pak Tambang...









Yong Tau Foo ni Pak Tambang yang punya...Penuh semangkuk.....

Masak Lomak Cili Api @ Restauran Anak Jelebu.


Salam semua. Entry kali ni agak special sikit sebab Pak Tambang tak cerita pasal masak-masak. Hujung-hujung minggu ni tertiba plak Pak Tambang teringat masa Cuti-Cuti Malaysia Kat Negeri Sembilan dan Melaka...Masa tu kami ada gak gi KL tapi KL dah biasa bagi Pak Tambang....So malas nak bagi stoty tentang KL....Masa kat Semenanjung tu Pak Tambang kira nasib baik sebab adik Pak Tambang ada kat Seremban so kira jimat gak Hotel..Kami sampai dekat nak Maghrib sebelum sempat juga kami beli dulu kerang kat TESCO..Tak pernah jumpa kerang semurah tu....$1 je sekilo...Cukup murah kat Miri $8....Tak hingin Pak Tambang nak makan kalau mahal macam tu....Esok paginya Pak Tambang pusing2 kat pekan Serembang pastu ke Nilai 3....Malah nak cakap korang pun dah tahu sendiri...Tak terpilih....banyak sangat2.  Sempat jugalah orang rumah Pak Tambang shooping kain dua tiga pasang.  Lepas ke Nilai 3 kami singgah kat Seremban untuk makan tengahari kat Restauran Anak Jelebu ~~~~Puhhhh sedap giler Masak Lomak Cili Api kat situ.......

Sunday, April 10, 2011

Borneo Jazz Faztival 2011 @ Miri Sarawak


Miri International Jazz Festival is now known as Borneo Jazz! This change is to reflect the growing stature of the festival among leading jazz festivals in the region. ‘Borneo’ gives a unique positioning of Sarawak among jazz music aficionados. With this, comes a reimaging to reflect the vibrancy of the festival and the destination. Be prepared for exciting things to come as we bring you a richer experience at the Borneo Jazz. Do not miss the magic of Borneo and what this exciting destination can offer as you groove to the music in this land where adventure lives…For more detail please log on http://jazzborneo.com... PT

Sarawak ExoTiC FooD - Ulat Sagu @ Ulat Mulung


Petang ni Pak Tambang nak cerita sikit tentang makanan exotik orang Sarawak...Makanan ni pelik sikit tapi kalau kat Sarawak itu biasa.  Ulat Sagu atau Ulat Mulong atau Siat merupakan makanan exotic masyarakat Melanau khususnya dan masyarakat peribumi Sarawak yang lain.  Ulat istimewa ini diperolehi dari batang pokok rumbia atau pokok mulong yang sudah reput.  Kebiasaannya ulat ini dijual dengan harga RM0.50 sehingga RM2.00 seekor bergantung kepada bentuk dan saiznya.  Kata orang "ulat mulung" ni kalau dipanggang atau digoreng rasanya seakan sama dengan udang.  Pak Tambang tak pernah cuba walaupun ramai yang kata sedap. Ulat ni biasa dijual kat Pasar Satok, Pasar Serian, Pasar Sri Aman dan di tamu-tamu mesyarakat tempatan.  Nak merasa datanglah ke Sarawak.  Di sini kepelbagaian etnik menjadikan Sarawak memiliki pelbagai jenis makanan tradisi yang exotic dan terkenal. 

Kalau Berpacaran - Suhaimi Meor Hassan dan Ana Rafali


Hujung2 minggu ni best giler kalau layan lagu n.

Saturday, April 9, 2011

Mee Hun Belacan Sarawak


Salam hujung minggu.  Sabtu merupakan hari terbaik untuk sesi masak-masak.  Untuk menu tengahari ni Pak Tambang teringin pula nak makan Mee Hun Belacan.  Kalau kat Kuching mee hun belacan ni paling sedap kat Swee Kang , Jalan Haji Taha (tak jauh dari Hotel Domani).  Mee Hun  Belacan Pak Tambang ni tak kurang juga sedapnya....Semua orang puji sedap...Itulah yang Pak Tambang suka bila memasak..

Resepi Mee Hun Belacan Sarawak

Bahan-Bahan
1 Bungkus Bee Hun - direndam dan dicelur..

Bahan Kuah
1 Biji Bawang Merah Bombay (Bawang Besar pun boleh).
10 biji Cili kering (direndam dalam air suam)
200 gm Belacan (nak sedap pakai belacan Bintulu)
1 Liter Air 
Gula Apong atau Gula Melaka secukup rasa
1 sudu teh Tepung Jagung
Garam secukup rasa
Kicap masin dan manis Kipas Udang - secukup rasa
2 sudu Otak Udang

Bahan-Bahan Sampingan
3 Biji telur Padi
1/2 kg sotong kembang
1 biji timun
2 biji cili merah

Cara Memasak
Kisar bawang dan cili kering bersama air.  Selepas itu masak hingga mendidik.  Selepas itu masukkan gula apong, tepung jagung, kicap, otak udang dan garam secukup rasa.  Masak kuah tadi hingga pekat.  Kemudian masukan Mee Hun, timun, cili, sotong dan telur padi ke dalam mangkuk.  Kemudian masukan kuah dan sedia untuk dinikmati.  Selamat mencuba...Dalam resepi ni Pak Tambang lupa nak masukan sotong...hehhehe tapi masih sedap juga.... PT




Sajian Pagi Tadi @ Teratak Pak Tambang


Hidup Pak Tambang ni simple.  Tapi bab makan-makan ni Pak Tambang ada cerewet sikit.  Bukan apa, Pak Tambang nak pastikan semua orang enjoy masa makan.  Pak Tambang paling suka Kopi O.....Tak pernah plak teringin nak minum Kopi Susu atau Kopi yang ada macam-macam rempah ratus seperti Tongkat Ali dll..Pak Tambang pasti yang Pak Tambang ni tak sakit so tak payah nak sibuk ambik tongkat ali...Yang penting doa, jaga permakanan dan amalkan gaya hidup sihat.....Bagi Pak Tambang Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita telan dan minum...Dan hati kita juga kena baik...fikiran kena positif dan mesti suka membaca dan menulis...Ramuan kehidupan sebegini sebenarnya adalah asas kebahagiaan... PT

Bubur Beras Kampung


Salam dan Selamat Pagi..
Sebenarnya dah jadi Tradisi keluarga Pak Tambang bila hujung minggu mesti buat bubur.  Nak Buat bubur ni punyalah senang.  Bersihkan beras kampung pastu masuk dalam rice cooker.  Yang penting air kena banyak sikit.  Sedap dihidangkan dengan Kacang Masin, Ikan Bilis Goreng dan Sambal Tahai. Makanan macam ni lebih baik dan mudah untuk disediakan.  Pak Tambang buat pagi tadi sebelum turun joging kat sekeliling kawasan perumahan...

Friday, April 8, 2011

SAYUR KACANG PANJANG IKAN TERUBOK MASIN - MASAK MANIS


Mudah jak mun molah tok. Main tikam-tikam jak kata orang tua....Mun mauk mudah pake jak cukup rasa...Tapi belacan mesti ada juak baruk terangkat...Toklah namanya masak manis Kacang Panjang Ikan Terubok....

Sarawak Olio Di Riso @ Nasik Samin Sarawak



 

Bahan-bahan ( 4 Orang jak makan)

  • 4 cwn beras basmathi atau beras wanggi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi atau butter utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. Dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. Masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. Bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. Bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. Masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

Curry Di Capra @ Kari Kambing Pak Tambang


 

Bahan-Bahan - 3 orang

  • 2 keping Daging kambing-potong ikut suka
  • *Bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga&kayu manis
  • **2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah,halia-tumbuk
  • 1 paket santan serbuk/pati santan sebiji
  • 1 batang serai-titik
  • 1 biji kentang-potong&rebus
  • 2 sudu/b rempah kari daging,2 sudu/b lada kisar,1/2 sudu/k serbuk kari-bancuh dgn air sehingga menjadi pes
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 1 sudu/b sos lada hitam-jika suka pedas
  • Garam,gula&air secukupnya
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan2 * & bahan2 **.
  2. Kemudian masukkan bahan2 yg dibancuh menjadi pes tadi sehingga naik bau.Masukkan sedikit air kalau agak kering.
  3. Masukkan daging kambing yg telah dipotong2 kecil.Kacau.Masukkan juga asam gelugor&serai.
  4. Tggu sehingga daging agak masak,masukkan santan.Boleh tambah kan air jika suka kuah yg banyak.Masukkan garam&gula secukup rasa.Masukkan juga sos lada hitam jika mahu lebih pedas.
  5. Tunggu sehingga kuah agak pekat masukkan kentang yg telah direbus empuk tadi.Masukkan juga daun kunyit dihiris nipis tadi.Tunggu lagi sekejap boleh lah ditutup api.

Thursday, April 7, 2011

Rojak Ayam Kucar Kacir


Salam.....Rojak Ayam Kucar Kacir  (sebenarnya Rojak Kucei) ni isteri Pak Tambang yang buat.....Kuahnya sedap....Pak Tambang tak buat jadi takder la resepi...Kalau nak nantilah minta isteri Pak Tambang tulis dalam blog ni..












Butter Prawn DeliChef - Dapur Tanpa Sempadan



Selamat bertemu lagi...Petang tadi Pak Tambang sempat masak-masak.....Walaupun penat dengan tugasan harian namun minat memasak menjadikan Pak Tambang lebih bersemangat untuk balik awal....Kali ini Pak Tambang dah masak makanan yang paling disukai oleh isteri Pak Tambang iaitu Butter Prawn....Isteri Pak Tambang bukan tak reti nak masak cuma saja je nak rasa air tangan Pak Tambang....Cara penyediaannya juga mudah...yang penting udang mesti fresh dan Butter Cereal Seasoning Powder (Cosway).

Bahan-Bahan
500gm Udang Segar
1 biji telur
100gm Butter
3 sudu besar Butter Cereal Seasoning Powder
Daun kari..

Cara Memasak
Goreng udang yang telah dibersihkan hingga garing @ masak.  Selepas masak  asingkan ke dalam bekas yang lain.  Kemudian panaskan kuali dan masukkan butter, telur, daun kari dan serbuk Butter Cereal.  Kacau hingga sebati.  Selepas itu masukkan udang dan kacau hingga rata dan sedia untuk dihidangkan.  Selamat mencuba...

Wednesday, April 6, 2011

Carmelo Formaggio Pudding @ Caramel Cheese Pudding



Salam. Nak dijadikan cerita Pak Tambang coba molah caramel cheese Pudding.  Bahan semua ada kat rumah...Hasil nan terbaek..Thanks my Resepi..
Karamel
70gm Gula  
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam   

Puding
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang. 

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/7174

Tuesday, April 5, 2011

Layout Baru - Kanak2 Riang Old School


Mesti tekejut beruk bila nangga layout baru blog Pak Tambang.....Nampak macam nembiak tapi toklah layout yang berjaya menawan hati Pak Tambang....Nak tauk kenak sebab Old School....Bekas cikgu mesti bangga bila disebut sekolah sebab di sia melahirkan ramai ilmuan dan bukan ilmuan....Di manapun kita berada yang penting jangan lupak siapa kita, jangan lupak mak bapak kita dan yang penting juak jangan lupak cikgu kita....

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor