Friday, February 3, 2012

Ubat Pembunuh ~ 100 orang mati

sumber: Google



KARACHI 3 Feb. - Pakistan terpaksa menutup kilang farmaseutikal buat sementara waktu kerana didakwa mengeluarkan ubat yang disyaki telah membunuh lebih 100 pesakit jantung di wilayah Punjab, kata seorang pegawai semalam.  “Kami menemui bahan-bahan mentah seberat 48 kilogram dari kilang kimia Efroze yang digunakan untuk membuat ubat Isotab.

“Oleh itu kami terpaksa menutup kilang tersebut selama 14 hari,” kata Akbar Baloch dari Agensi Penyiasat Persekutuan.  Jelasnya, kilang tersebut ditutup selepas sebuah makmal dari London menemui ubat Isotab bertanggungjawab ke atas kematian lebih 100 pesakit jantung di sebuah hospital di wilayah Punjab. - AFP ~ Utusan Malaysia.

################

Ubat dibuat untuk mengubati sakit dan bukannya mematikan pesakit.  Kalau nak makan ubat ni kena ikut nasihat doktor.  Syukur kat Malaysia tak ada kes macam ni berlaku.  Kalau ada "kita bakor je" kilang tu.  

No comments:

Post a Comment