Rasanya dah tiba masa nak UBAH hala tuju diri. Bila bercakap pasal nak UBAH sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana kesan perUBAHan kekadang menuntut pengorbanan. Bila kita tak berani nak berUBAH dan mengUBAH akhirnya kita akan mengalami sindrom "selesa" serta menerima segalanya dengan paksa. Sindrom ini boleh berlaku di mana-mana samaada di rumah, pejabat dan dalam masyarakat itu sendiri. Kalau yang masih bujang, sebenarnya bukan mudah berUBAH menjadi seorang suami. Bagi yang sudah lama bekerja di satu-satu tempat atau organisasi lagilah bukan mudah nak UBAH sikap yang sentiasa selesa dan takut akan tempat yang baru. PerUBAHan sebenarnya bukan mudah tetapi untuk berjaya kita harus berUBAH. Tanpa perUBAHan kita tidak akan ke mana-mana. Insan yang berani gagal dan berUBAH akan menjadi insan yang berjaya walaupun jalan yang dipilihnya penuh ranjau dan liku.
####### Penafian: Ini bukan UBAH yang dimaksudkan oleh DAP di Sarawak. Ini perUBAHan diri Pak Udak. Semoga Pak Udak sentiasa kuat dalam mendepani perUBAHan ini.
No comments:
Post a Comment