Sushi Ikan Parang
Salam Maulidur Rasul. Ingat Allah, Ingat Rasulullah. Alhamdulillah pagi tadi selepas selesai Majlis Maulidur Rasul peringkat Negeri Sarawak di Miri, Pak Udak terus cari lauk nak masak untuk tengahari ni. Jalan-jalan kat Pasar Ikan terjumpa Ikan Parang yang masih segar bugar. Pak Udak ambik dua ekor. Sekor dua ringgit je. Murahkan. Sampai je rumah Pak Udak terus siang dan hiris halus-halus untuk dijadikan Sushi. Kalau kat sini makanan jenis ni orang panggil Umai. Nanti kalau guna perkataan umai ramai pulak yang tak faham. Umai ni adalah campuran Hirisan Ikan, Asam Lima, Buah Tomato, Bawang Besar, Bawang Merah, Halia, Cili dan garam/gula secukup rasa. Campur je semua jadilah umai.
No comments:
Post a Comment