Nasi Minyak
Musim cuti ni ramai betul yang buat kenduri kahwin. Trend sekarang ni dah tak kira lagi, bila-bila pun boleh buat kenduri kawen. Yang penting mampu dan berkemampuan. Bila teringat kenduri, teringat pula nasik minyak...Kan sedap kalau ada yang mengundang ke Majlis Perkahwinan tapi almaklum je la Pak Udak ni orang Kuching so tak ramai kenalan. Kalau adapun semua dah kawen lambat lagi lar nak tunggu anak-anak dia orang kawen. Nak melepaskan rindu, tengahari tadi Pak Udak sediakan Nasi Minyan Kari Tulang Daging.
Kari Tulang Daging
Nilah hasilnya. Nampak sedapkan. Maaf le yer, malaslah Pak Udak nak tulis resepi. Kalau nak sangat gi google. Semua ada situ. Ni kalau makan kat luar ni terbang juga RM20 untuk dua orang. Ekonomi merundum ni elok masak kat rumah. Lagi jimat.
Salam. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog Mak isah. Kitak org Kuching? Suami MI pun orang Kuching.
ReplyDeleteSedap jak nasi minyak ngan tulang daging ya :)
Salam Mak Isah....Kamek orang Kuching tapi kerja di Miri. Hahah saja jak pake ngalih rasa. Terima kasih singgah sitok..
ReplyDelete