Tepung Hunkwee ~ Made in Indonesia
Selamat Bercuti. Semalam pergi Baulevard Mall dan dengan tak segaja terjumpa Hunkwee Flour. Tepung yang digunakan untuk buat CENDOL. Hargapun murah je lapan posen je. Sebenarnya tepung Hunkwee ni susah nak jumpa sebab Made In Indonesia. Cendol ni sajian popular di Nusantara termasuklah di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Namapun bangsa serumpun mestilah banyak persamaan. Namun begitu Indonesia menjadi polopor cendol sehingga ada tepung cendol mereka tersendiri.
Perfect Cendol
Resepi
Cendol
1 Bungkus
Tepung Hunkwee (ada jual kan Boulevard Miri)
5 sudu
besar Tepung beras
5 sudu
Besar Tebung Ubi Kayu
1500 liter
Air
1 Sudu
Besar Sedikit Gula
Garam
secukup rasa
1 sudu Teh
Perisa Pandan (Boleh gantikan dengan 5 helai daun pandan)
Acuan Cendol ~ Manual je.
Cara
Campur
semua tepung tadi bersama gula dan garam dan gaulkan bersama air 500ml
air. Masukan perisa pandan dan gaul
hingga rata. Masak 1000ml air dalam periuk yang sedang-sedang besar. Apabila air dalam periuk mula mendidik
perlahankan api dan masukan campuran tepung tadi ke dalam periuk. Gaul perlahan hingga pekat. Kemudian gunakan senduk yang berlubang untuk
acuan cendol. Pastikan mangkuk untuk
cendol menggandungi air sejuk. Biarkan
cendol mengeras dan sedia untuk dihidangkan dengan air gula, gula apong dan
santan atau susu.
Favorite Dania dan Mamanya
Cendol ini sedap kalau dimakan dengan campuran santan/susu, air gula apong atau gula nipah. Suka atilah nak masuk apapun asal sedap. Dania anak Pak Udak dah tak sabar nak makan Cendol. Idea nak buat cendol ni adalah kerana isteri Pak Udak mengidam nak makan Cendol buatan sendiri (homemade). Sebagai suami, apa je permintaan isteri pasti akan cuba ditunaikan. Asal jangan minta makan cendol kat bulan dah la. Tu payah nak tunaikan...Hahaha ok.. Salam rehat.
No comments:
Post a Comment