Wednesday, September 21, 2011

Siri Jelajah Lawas Pada Hari Malaysia

 16.9.2011 ~ Siri Jelajah Bahagian Utara bermula.  Kali ini dengan bajet yang sederhana tapi masih bergaya kami meneruskan siri jelajah ke Bahagian Lawas.  Kedudukannya paling utara di hujung negeri Sarawak memaksa kami melalui 1 buah negara asing iaitu Brunie dan 1 bahagian iaitu Limbang.  Siri kali ini bermula pada jam 7.oo pagi dari Kediaman Guru Jee Foh 9.  Alhamdulillah, perjalanan kami menuju ke Sg. Tujuh lancar dan kereta yang memasuki Brunei juga masih kurang.  Pernah sebelum ini Pak Udak terpaksa menunggu selama sejam untuk melepasi sempadan Brunei yang serba manual itu.  Perjalanan diteruskan ke Pos Kuala Lurah lebih kurang 120km dari Kuala Belait. Kali ini kami menggunakan jalan pintas Sg. Mitus...Memang dekat cuma terlalu banyak simpang dan kalau tidak biasa boleh menyebabkan sesat.  Alhamdulillah tepat jam 9.15am kami tiba di Pos Kuala Lurah.  Perjalanan agak perlahan kerana proses pemeriksaan passport.  Jam 9.40 am kami berjaya melepasi pos Kuala Lurah dan bergegas ke Pekan Limbang.  Di Limbang Pak Udak dan rombongan terus menuju ke gerai SSDC ~ Roti Canai dan Kopi O yang cukup murah ada kat sana.  Bukan sekadar murah tetapi sedap dan berbaloi sekali.  11.oo Pagi kami mula bergerak ke Lawas.  Kali ini Feri Temburong cukup sporting sebab kenderaan sedikit sahaja.  Mungkin hari Jumaat.  Kebiasaannya mahu sejam menunggu giliran untuk menaiki feri.  Mungkin tahun depan Jambatan Baru siap dan tak payahlah nak Q naik feri .  Tepat jam 1.00 pm kami selamat sampai ke Lawas.  Perjalanan kali ini cukup seronok sebab kami tiba tepat pada masanya. ~ Musim durian di Lawas.  Kembara di Lawas telah membawa kami ke Kampung Awat-Awat, Kampung Ara, semua pantai yang ada di Lawas, Trusan dan Sundar, Kuala Lawas dan sudah semestinya tamu di Pekan Lawas. 

No comments:

Post a Comment