Ikan tahai ni terkenal di Lawas (kawasan utara di Sarawak) dan Limbang. Ikan tahai ni juga sejenis ikan salai daripada spesis aur-aur atau ikan tamban. Ikan ni dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan. Harga Ikan Tahai mengikut musim. Jika memang musim Tahai, ia di jual dengan harga RM12 - RM20 sekilo. Tetapi kalau bukan musim, harganya boleh mencecah RM28 sekilo. Tapi yang dalam gambar kat atas tu bukan tahai salai tapi tahai sambal...sedap dimakan begitu saja.
No comments:
Post a Comment