Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum Semua.
Pak Udak sekeluarga nak minta maaf kalau ada salah dan silap. Al maklum sajalah kita ni manusia biasa. Mudah buat silap.  Bila bercakap ada pulak yang terasa hati. Bila menulis ada pulak yang rasanya diperli.  Bila kita nak buat sesuatu yang baru ada pulak yang tersinggung.  Bila kita berdiam diri ada pulak yang pikir sombong.  Sebenarnya itulah lumrah kehidupan manusia yang semua orang tak dapat nak lari dan elak.  Apapun kita cuba buat yang terbaik bukan sahaja untuk diri tetapi untuk kepentingan orang lain. Justeru, Pak Udak dan keluarga nak minta maaf kalau ada buat salah dan silap serta tak senang dipandang mata.  Semoga syawal yang akan menjelma nanti akan menambahkan ikatan ukhwah antara kita semua.  Esok Pak Udak balik kampung (Kuching), doakan kami sekeluarga dan sesiapapun pengguna di jalan raya selamat dalam perjalanan ke kampung halaman. Amin.  Selamat Hari Raya Aidilfitri. ~ Pak Udak.

No comments:

Post a Comment