Monday, August 22, 2011

Belasungkawa "Seorang Tua Di Kaki Gunung".

Deru angin utara membawa khabar duka buat dunia sastera Islam.   Novelis terkemuka tanahair yang terkenal dengan Novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung", Allahyarham Ustaz Haji Azizi Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadhan. Sepanjang hayatnya menelusuri denai dan lurah kehidupan, Allahyarham merupakan seorang novelis yang prolifik serta peka dan tajam pandangan penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.  Kini negara telah hilang sebuah permata bernilai dan berkualiti tinggi seperti gugurnya seorang tua di kaki gunung. Semoga Allahyarham menjadi contoh kepada generasi muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.  Pak Udak merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham di atas pemergiannya. Sabarlah di atas ujian ini dan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

No comments:

Post a Comment