Friday, August 19, 2011

Majlis Berbuka Puasa anjuran PPKS Miri Bersama Anak-Anak Yatim



MIRI – Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Wilayah Miri telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di perkarangan PPKS Miri pada 18 Ogos 2011.  Seramai dua ratus jemputan yang terdiri daripada warga PPKS dan anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Hamidah telah bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Operasi ICATS, Mohd Isham Bin Fauzi dan Pengarah Wilayah PPKS Miri, Hajah Khaninah Bt Haji Ariff bersama – sama meraikan para jemputan yang hadir terutama sekali enam puluh tiga orang anak – anak yatim dari Kompleks Kebajikan Hamidah. Majlis dimulakan majlis berbuka puasa dan seterusnya Solat Maghrib berjamaah. 

Hajah Khaninah Haji Ariff berkata, program berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim adalah satu program kebajikan khas setiap bulan Ramadhan dan akan direalisasikan sebagai aktiviti tahunan PPKS Miri.  Disamping untuk meraikan anak-anak yatim serta memberi mereka sumbangan, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga PPKS Miri dengan masyarakat luar.   Pada masa yang sama anak-anak yatim turut menerima sumbangan duit raya dan hadiah sumbangan PPKS Miri.

1 comment: