Wednesday, August 17, 2011

Belasungkawa Imam Saudi - Imam Masjid Piasau

Al-Fatihah ~ Ramadhan ke-16 merupakan titik sedih dan hiba bagi seluruh ahli kariah Masjid Piasau.  Kami bukan sahaja kehilangan seorang imam masjid yang berwibawa malah seorang kenalan jauh tetapi akhirnya menjadi rapat atas nama agama.  Allahyarham Imam Saudi yang baru sahaja selesai mengimamkan solat isyak dan solat sunat isyak akhirnya kembali menemui yang Esa.  Pemergiannya bukan sahaja mudah tetapi mulia di sisi Allah kerana menghembuskan nafas terakhir di rumah Allah pada malam Ramadhan.  Pemergian Imam Saudi antara kematian yang paling diingini oleh manusia iaitu "Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah".  Semoga Allah memberkati dan merahmati roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama orang-orang yang dikasihi rasul dan Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment