Salam Ramadhan semua. Esok dah masuk 11 Ramadhan, bermakna 6 hari lagi Sambutan Nuzul Quran. Selain itu kita pulak mula sibuk menghitung jari kaki dan tangan baki puasa sebelum menjelang hari raya aidilfitri. Kalau dikira-kira tinggal 18 hari lagi puasa jika hari raya jatuh pada 30 Ogos 2011. Kat supermarket khususnya di Miri ni belum masuk ramadhan lagi lagu-lagu raya sudah diputarkan. Dah adat orang berniaga. Aura raya perlu dihidupkan untuk meningkatkan nafsu kita berbelanja. Tapi dalam kesibukan kita beribadat dan membuat persediaan raya janganlah pula ada yang terlupa untuk membayar Zakat Fitrah. Untuk Sarawak bayaran RM6.20 dan bermakna untuk keluarga Pak Udak perlu bayar RM18.60 untuk tahun ini. Kalau dikira-kira berapa sangatlah bayaran zakat sebanyak itu dengan rahmat dan nikmat Allah kita perolehi selama ini. Walaupun sunnat membayar zakat fitrah sebelum takbir raya tetapi membayar awal tidak menjadi kesalahan. Sebab wang tersebut akan diagihkan mengikut asnaf dan hukum yang telah ditetapkan. Semoga zakat fitrah yang kita keluarkan bukan sahaja mengembirakan hati penerima malah dapat melengkapi amalam puasa kita di bulan Ramadhan. ~ Pak Udak
No comments:
Post a Comment