MIRI - Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Wilayah Miri pada 11 Ogos 2011 telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2011 sempena Bulan Kemerdekaan bagi memupuk semangat kemerdekaan dalam diri setiap pelajar dan kakitangan PPKS. Kempen bertemakan 'Jom, Kibarkan Jalur Gemilang' itu dirasmikan Pengarah Wilayah, Hajah Khaninah Haji Ariff sambil disaksikan semua warga PPKS Miri. Sementara itu, Khaninah Ariff ketika ditemui kemudian berkata, program tersebut menunjukkan bahawa PPKS Miri sentiasa menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama menimbulkan semangat meraikan hari kemerdekaan.
"Semua kakitangan dan staf PPKS Miri terlibat sama menunjukkan jiwa dan semangat kita dalam merayakan sambutan kemerdekaan negara ini.
"Ini juga merupakan satu pendekatan menjadikan kita betul-betul berjiwa Malaysia dan memupuk semangat patriotik yang ada dalam diri masing-masing," jelas beliau.
I Loike !!!!
ReplyDeleteThanks....
ReplyDelete