Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Tuesday, May 31, 2011

Kundasang esok kami datang......


Kali ni Pak Tambang nak cerita skit tentang siri jelajah sempena cuti Gawai Dayak dan Pesta Keamatan yang jatuh pada 1 - 2 Jun 2011.  Kebetulan 3hb Jun tu Jumaat, Pak Tambang dah ambik cuti.  Pak Tambang dan adik beradik sekeluarga dah lama merancang ke KK.  Hari ni family members dari Kuching akan sampai ke Miri dan esok awal-awal lagi kami akan meredah dinginnya pagi untuk ke KK.  Trip kali ini agak ramai juga sebab melibatkan 3 buah kereta dan 13 orang.  Alhamdulillah Pak Tambang sempat menempah sebuah apartment 3 bilik di Taman University dengan harga Rm120 semalam....Lebih berbaloi dari duduk di hotel.  Dari Miri ke Sepitang (sempadan Lawas/Sabah) mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam...Itupun kalau tiada "jem" di Pos Kawalan Imigresen Brunei dan Malaysia.  Malah perjalanan akan menjadi perlahan jika berlaku kesesakan di Feri Pandaruan (bersempadan dengan Brunie).  Pak Tambang pernah tersadai kat situ hampir 2 jam!.  Dari Sepitang ke Kk dalam masa 2-3 jam...Bergantung pada pemanduan dan cuaca.  Pak Tambang biasa ke KK....Pendek kata tiap tahun ke KK....Tak tahulah apa sebab Pak Tambang menyukai KK.  Mungkin kerana keindahan semulajadi yang ada disana.  Tapi kalau kat KK Pak Tambang mesti nak naik Gunung Kinabalu --- Teringat lagu "Tinggi-Tinggi Kinabalu" atau Kundasang.  Tak der tempat secantik Kundasang.  Di situlah kedamaian dan kecintaan Pak Tambang....Trip kali ini akan ke Kundasang pada awal pagi Khamis (2 Jun 2011), cuma sayang tak sempat nak bermalam di Kundasang yang sejuk giler.....Pemandangannya sukar untuk digambarkan..Kalau berkesempatan singgahlah di Warung "Restauran Seri Pinang" yang menyadikan Bakso paling sedap dan enak.  Selepas itu jangan lupa juga ke Kundasang War Memorial dan Desa Castle (Tempat pemprosesan Susu Segar).  Pemandangan di situ persis seperti di Oversea.....Sebelum balik Pak Tambang cadangkan untuk membeli sayur-sayuran di sepanjang jalan kundasang.   Sayur segar dan murah seakan-akan mahu di bawa pulang semuanya.   Kundasang sememangnya memanggil Pak Tambang untuk kembali ke sana untuk menjejask bekas tapak kaki yang pernah ditinggalkan dulu.....Happy Holiday....

Selamat Hari Gawai Dayak 1 Jun 2011


Post kali ni Pak Tambang nak ucapkan Happy Gawai kat kawan-kawan Iban yang meraikan perayaan Gawai Dayak.  
 "SELAMAT GAWAI DAYAK NGAGAI SEMUA: gayu guru, gerai nyamai, senang lantang, bidik lansik serta maju pengawa dalam pengidup abataun ti deka datai tu ila. Hooooooooooo- Ha!"-....Hari ini Pak Tambang balik awal sebab waktu pejabat 8.00 am - 1.00 petang....Nie lah bestnya duduk kat Malaysia yang takda pada negara-negara yang lain. Peace...

Sunday, May 15, 2011

16 Mei - Selamat Hari Guru



Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Monday, May 9, 2011

Isnin - Permulaan yang meletehkan...


 Salam semua. Syukur gak dapat post kat blog ari ni....Kat rumah baru ada sedikit kedamaian...Kalau kat pejabat aduhhhh sibuk memanjang je...Alhamdulillah itu tanda kita masih diperlukan ditempat kerja.  Sejak kebelakangan ni badan selalu je sakit-sakit.  Orang kata Stress....Mungkin gak kot....Mungkin gak dah tua....Harap-harap taklah jadi serius sangat...Apapun tak sabar nak tunggu bulan Jun ni sebab nak cuti ke KK....Biarpun duit tu tak der tapi janji dapat cuti.....Masa ini teringat kat air kelapa pandan kat depan Le Maridean KK...Huhhh...takpun lepak2 kat Kundasang waktu malam2....Best....Apapun Pak Tambang bersyukur kerana masih diberi kemampuan untuk meneruskan amanah pada hari ni......Jom kita ngeteh dulu....

Wednesday, May 4, 2011

Mahalnya Kopi Najis Musang @ Kopi Luwak @ Civet Coffee











Post kali ni betul2 pelik sikit sebab kopi najis musang menjadi kopi yang termahal sekali di dunia...Setakat nak minum kat Starbucks atau Coffee Bean tu belum tentu dapat mengalahkan harga kopi luwak yang mencecah $10 secawan!....Kalau convert to Malaysia Ringgit dekat juga nak mencecah RM40.00.....Pak Tambang ni memang minat coffee jadi teringin pula nak mencuba Kopi Luwak....Cukup teruja hendak mencuba kopi ni.....

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor