Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, September 22, 2012

Mendidik Anak di Alaf 21


Dania ~ earphone.  Baru 3T3B dah tahu guna Notebook

Dalam mendidik anak-anak, approach hendaklah betul kerana situasi masa kini jauh sama sekali berbeza dengan tahun-tahun 80-an dan 90-an.  Pada waktu itu, akses jalur lebar dan internet amat sukar dan tiada.  Justeru, masa dan waktu banyak terluang bersama anak-anak.  Namun situasi itu berbeza kini kerana hampir setiap saat updated facebook dikemaskini.  Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya, mewarna, membentuk sikap dan perilaku anak.  Oleh itu, PERHATIAN adalah perkara pertama yang perlu diberikan kepada anak disamping KASIH SAYANG yang tidak berbelah bagi.  Bagi ibu bapa yang bekerja, faktor tiada masa sepatutnya tidak timbul kerana QUALITY TIME bukan memerlukan masa yang lama kerana yang sedikit itu mampu memberi IMPAK yang besar.  Bagi suami isteri, perkataan KOMITMEN harus difahami dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak kerana anak-anak adalah amanah serta pelaburan jangka masa panjang.  Jatuh bangunnya anak kita terletak ditangan ibu bapa.  Justeru, dalam mendidik anak-anak pada masa kini khususnya pada tahun 2012 ~ percampuran formula KASIH SAYANG+PERHATIAN+KOMITMEN+DOA insyaallah akan melahirkan generasi yang baik dan seimbang.  Bagi Pak Udak prestasi akademik bukan ukuran 100% jayanya anak-anak kita dalam kehidupan tetapi kejayaan yang sebenar apabila anak kita mampu menjadi MANUSIA YANG BERGUNA, BERDIKARI, BERIMAN, dan berupaya MENGALAS TANGGUNGJAWAB kepada ibu bapa.  (Sekarang banyak kes di mana ramai anak yang bijak dan jutawan membiarkan ibubapa mereka di kampung sendirian malah ada yang diletakan di rumah orang tua). Apakah ini yang dikatakan BIJAK?  Biarpun pendidikan sekadar UPSR namun jika mampu membentuk keluarga yang baik dan pada masa yang sama mampu memikul tanggungjawab maka itulah ANAK YANG SOLEH & SOLEHAN. Amin.

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor