Bila syawal menjelma, Sarawak menjadi sangat popular dalam carian google kerana ramai yang hendak mencari resepi Kek Lapis Sarawak. Semalam sempat Pak Udak buat kek Lumut untuk juadah berbuka puasa. Hasilnya amat membanggakan apalagi dibuat oleh lelaki..
Boleh Mintak Resipi Kah? Cam sedap jakkk....
ReplyDeleteKak Rock
Kak Rock --- saya ambik resepi di myresepi.
ReplyDeleteKEK LUMUT SARAWAK
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 " )
• 1 cawan tepung gandum (diayak)
• 1 cawan Horlicks
• 3/4 cawan gula halus
• 250 g mentega
• 4 biji telur A
• pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
• 4 sudu besar seri kaya
• 1/4 cawan susu pekat manis
• 1 sk esen vanilla
Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
9. ***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega
10. ***untuk sukatan cawan ke gram, boleh rujuk di sini http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/sukatan-imperial-metrik.html