Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, August 5, 2012

Kek Lumut Kukus Sarawak


Bila syawal menjelma, Sarawak menjadi sangat popular dalam carian google kerana ramai yang hendak mencari  resepi Kek Lapis Sarawak.  Semalam sempat Pak Udak buat kek Lumut untuk juadah berbuka puasa.  Hasilnya amat membanggakan apalagi dibuat oleh lelaki..

2 comments:

  1. Boleh Mintak Resipi Kah? Cam sedap jakkk....


    Kak Rock

    ReplyDelete
  2. Kak Rock --- saya ambik resepi di myresepi.

    KEK LUMUT SARAWAK
    Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 " )

    • 1 cawan tepung gandum (diayak)
    • 1 cawan Horlicks
    • 3/4 cawan gula halus
    • 250 g mentega
    • 4 biji telur A
    • pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
    • 4 sudu besar seri kaya
    • 1/4 cawan susu pekat manis
    • 1 sk esen vanilla

    Cara-cara
    1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
    2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
    3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
    4. Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
    5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
    6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
    7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
    8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
    9. ***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega
    10. ***untuk sukatan cawan ke gram, boleh rujuk di sini http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/sukatan-imperial-metrik.html

    ReplyDelete

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor