Sakura blossom's in Miri. Location: Taman Awam Miri on 1st June 2012
Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipĂȘ rosa. Source: Baca kat sini...
No comments:
Post a Comment