Source: Google
Ramai yang berpendapat perempuan harus dan mesti pandai memasak jika mahu disayangi suami. Itu adalah adat dan budaya orang-orang asia dan menjadi satu kejanggalan jika suami atau lelaki yang memasak di dapur. Tren ini mungkin perlu diubah kerana dalam soal kebahagian rumah tangga, kepandaian memasak bukan jaminan bahagia tetapi sekiranya isteri pandai memasak itu adalah satu kredit baginya. Bagi isteri yang bekerja, seboleh-bolehnya kerja-kerja memasak ini dikendalikan bersama dan tidak menjadi kesalahan jika suami yang memasak. Pak Udak yakin, teras keluarga bahagia diasaskan oleh konsep bersama dan tolak ansur. Berkongsi masakan dan resepi antara suami isteri merupakan terapi jiwa yang terbaik serta dapat membangkitkan rasa kasih sayang. Suami tak payahlah nak masak Lamb chop atau Chicken chop, cukup sekadar tahu masak air, masak nasi, goreng telur dan masak maggi. Sekurang-kurangnya bila isteri tak sihat atau dalam pantang taklah anak-anak kebulur tak makan. Jadi tak salah jika suami memasak dan tiada hukum melarang suami ke dapur. Pak Udak suka memasak tapi bila ada cuti dan hujung minggu.
No comments:
Post a Comment