Sup Tulang Kaki Ayam Berempah
Hujung minggu lepas jadual kerja Pak Udak cukup padat. Sampaikan kami tak sempat nak pergi Bekenu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan, sayuran dan ikan. Yang ada hanya Ayam. Dalam kesibukan kerja hujung minggu, hanya Sup Tulang Kaki Ayam Berempah je yang dapat Pak Udak sediakan. Simple tapi sedap. Rempah yang digunakan "Serbuk Perencah Sup ADABI". Kalau nak sedap lagi reneh sup tu lama sikit sampai isi kaki ayam dan tulang belakang ayam menjadi lembut serta sebati dengan rempah.
No comments:
Post a Comment