Keripap yang sedia untuk digoreng.
Selamat Tahun Baru Cina 2012. Tahun ni menurut Zodiak Cina merupakan tahun Naga Air. Mesti semua dah tahu zodiak masing-masingkan. Zodiak Pak Udak ~ Kera Besi. Nasib perangai tak macam kera teloncat-loncat. Apapun itu pandangan masyarakat Tionghua dan bagi penganut Islam perkara sebegitu tidak boleh diyakini dan dipercayai kerana boleh menjejaskan aqidah. Ok, pagi tadi Pak Udak berjaya membuat Karipap Daging yang Crispy. Tak sangka kali menjadi dan cantik molek semuanya. Kalau ada yang nak mencuba ambil resepi kat sini myresipi.com. Terima kasih kepada myresepi kerana banyak membantu merealisasikan impian peminat masakan di Malaysia melalui resepi yang menjadi.
Inilah Karipap Daging Crispy Pak Udak
Bagi yang baru menceburi bidang masakan ni, tak payah risau sebab kalau ikut resepi kat myresepi, Insyaallah menjadi. Pendek kata kenalah yakin dan percaya pada diri sendiri. Hasilnya selepas di goreng memang terbukti karipap myresepi ni ranggup dan lazat. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment