Cendol Pak Udak
Alhamdulillah dan terima kasih kepada myresipi.com kerana telah membantu Pak Udak merealisasikan keinginan isteri Pak Udak yang mengidam untuk menikmati Cendol Santan. Sebagai suami apa sahaja yang dipinta oleh isteri ketika hamil akan cuba dituruti. Pengalaman mengidam ini merupakan satu perkara yang menarik dari bulan pertama sehingga kelahiran. Nasib Pak Udak ni jenis biasa di dapur jadi tak jadi masalah kalau nak menyediakan cendol sekiranya resepi ada di tangan. Selepas mendapatkan bahan-bahan di Boulevard Miri, Pak Udak terus ke dapur dan alhamdulillah menjadi. Cendol tu taklah seperti Cendol Leman Dawi di Sungai Gadut, (selepas Senawang, Seremban) tapi Pak Udak bangga kerana dapat memenuhi keinginan isteri yang sedang mengidam nak makan Cendol.
No comments:
Post a Comment