Mee Jawa @ Mee Rebus Sarawak
Resepi Mee Jawa Sarawak (6 Orang)
Bahan Mee
Sebungkus mee kuning (pastikan Halal) ~ Dicelur
Seikat Daun Sawi (Dicelur)
250 gm Tauge (Beansprout) ~ Buang kaki dan dicelur)
6 Biji Limau Kasturi (potong dua)
3 Biji Telur (direbus)
Bawang goreng ~ untuk hiasan
Daun sup ~ untuk hiasan
Cili Merah ~ untuk hiasan
Bahan Kuah
500gm Tulang Daging (Cari yang banyak isi) ~ Direbus sampai empuk.
2 sudu Kari Daging ADABI
5 tangkai Cili Kering (dikisar)
1/2 Bawang Besar @ 5 biji Bawang Merah ~ Dihiris halus
2 Inci Halia - dihiris halus
3 Biji Bawang Putih - dihiris halus
3 Biji Keribang (Ubi Oren) - potong dadu dan rebus
50gm Udang Kering (direndam)
1 cawan Susu Cair
1 Buah tomato
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-Cara
Rebus Tulang daging sampai empuk dalam periuk yang lain. Goreng bawang besar / merah dan putih hingga garing. Kisar bawang yang telah digoreng tadi dengan halia, cili kering. Kemudian tumis kembali bersama kari ADABI. Kemudian masukan campuran tadi ke dalam air rebusan bersama tulang daging sekali. Biarkan selama 15-30 minit untuk tujuan menyebatikan daging dengan bahan-bahan tadi. Selepas itu masukan udang kering yang sudah dikisar ke dalam kuah tadi. Selepas itu masukan keribang (ubi oren) yang sudah dikisar. Masukan susu cair, tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah pekat sedikit dan selepas itu sedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, daun sup, limau dan cili. Selamat mencuba Mee Rebus @ Mee jawa Orang Sarawak. Nan nyaman.
wahh sedapnya.... i should try this :)
ReplyDelete"jom singgah Blog Rasmi
!Datiles Dulces! HafRizah....
terima kasih =) "