Menu of The Nite ~ Laksa Sarawak
Petang Ahad (tadi) Pak Udak sempat beli Paste Laksa Sarawak di Kenyalang. Mahal dah sekarang Perencah Laksa Sarawak Haji Manan. Dulu RM4.00 je tapi sekarang RM4.60. Tapi kira masih murah juga kalau banding makan kat luar. Lepas tu kami cari dada ayam, udang, telur, tauge dan sayangnya tak jumpa daun ketumbar. Daun ketumbar bukan sekadar penghias tetapi pengangkat aroma Laksa. Laksa Sarawak ni mudah je nak buat... Sebab ada resepi dalam bungkusan tu...Buka dan baca je....
Resepi Laksa Sarawak Haji Manan
Satu lagi Pak Udak nak pesan. Paste Laksa Sarawak ni ada banyak kat pasaran cuma HALAL atau tidak je yang kita perlu ketahui. Tapi bagi Pak Udak - Perencah Laksa Sarawak Haji Manan memang sah halal, sedap dan mudah disediakan. Kalau ada yang teringin nak makan Laksa Sarawak tak payah makan kat kedai, sendiripun boleh buat. Lebih sedap, bersih dan murah.
No comments:
Post a Comment