Mark Zuckerberg, CEO of Facebook ketika melancarkan FB Timeline
Facebook Timeline mula mendapat tempat dihati 800 juta pengguna FB di seluruh dunia. Fakta yang perlu kita ketahui ~ dari jumlah tersebut, hampir 50% atau 400 juta mengaktifkan FB pada setiap hari. Berbalik cerita Timeline, Pak Udak belum lagi cuba dan tak akan cuba sebab Pak Udak lebih gemar FB cara lama. Namun Pak Udak dah nampak "wall FB" kenalan Pak Udak yang sudahpun menggunakan aplikasi tersebut. Melalui aplikasi ini, pengguna FB perlu mengemaskini semua maklumat dalam profile sehingga dapat dilihat kronologinya dari awal sehingga kini. Timeline ini tak ubah seperti Storyline namun aplikasi ini lebih nampak menarik dan informatif. Kalau nak tahu maklumat lanjut sila layari FB Timeline. Bagi Pak Udak, FB lama lebih menarik dan selamat berbanding FB Timeline kerana terlalu banyak maklumat peribadi kita akan dapat dilihat oleh orang lain tanpa kita sedari. Tapi bagi yang nak mencuba silakan.
No comments:
Post a Comment