Wednesday, December 14, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia ~ Rezeki Rakyat

Wang Kertas RM500 lama ~ Sumber dari Pak Cik Google

Rata-rata pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan kehadiran ketua isi rumah yang mahu mendapatkan borang BR1M bermula 10 Oktober 2011.  Kesesakan tersebut jelas dapat dilihat juga di LHDN Miri.  Malah seorang kenalan Pak Udak memberitahu terpaksa menunggu lebih 2 jam untuk menyerahkan borang BR1M di kaunter LHDN. Ternyata inisiatif Perdana Menteri untuk meringankan beban rakyat, mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Semoga bantuan RM500 (one off payment) akan digunakan dengan berhemah dan tidak disalahgunakan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu.  Di sisi lain, Pak Udak berharap pengagihan BR1M dilakukan secara telus, tepat dan berhemah.  Sebagai pembayar cukai pendapatan, Pak Udak berharap tidak ada sesiapa yang akan mengambil kesempatan dalam pengagihan BR1M dan amat berbangga jika wang bantuan tersebut dapat disalurkan kepada insan-insan yang betul-betul memerlukan.  ~ Pak Udak

No comments:

Post a Comment