Thursday, November 17, 2011

Majlis Konvokesyen PPKS Miri Kali Ke-3 / 2011

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak PPKS MIRI dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke 3 (2011) yang akan diadakan mulai Selasa, 29 November 2011 di Imperial Ballroom,Mega Hotel. Majlis Konvokseyen PPKS Miri akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak.  
 
Yuran Konvokesyen:RM90.00 (Sijil) dan RM100.00 (Diploma/INSEP).
 
Bayaran hendaklah dibuat semasa mengambil Jubah pada 23/11/2011 - 25/11/2011 di PPKS Miri.  Raptai Konvokesyen: 28/11/2011 (Isnin), 9.00 pagi. Semua Graduan WAJIB menghadiri raptai.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya layak hadir ke Majlis Konvokesyen PPKS Miri Kali Ke-3 sekiranya:
• Menyempurnakan segala syarat-syarat pengijazahan.
• Tiada bayaran/yuran tertunggak (Sila jelaskan tunggakan sebelum 25 November 2011, sekiranya ada).
• Memulangkan semua buku yang telah dipinjam.
• Membayar Yuran Konvokesyen.

No comments:

Post a Comment