Inilah rupa najis musang @ luwak yang mengandungi Biji Kopi Termahal
25.11.2011 ~ Siapa sangka tahi musang atau luwak mampu menjana pendapatan yang cukup besar dan menguntungkan. Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran.
Proses memungut najis luwak @ biji kopi terbaik dan termahal dunia
Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London. Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui.
Inilah rupa musang @ Luwak yang memakan biji kopi
Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera. Selepas dibersihkan, biji kopi kemudiannya dijemur dan dibakar.
Pemprosesan Kopi Luwak secara Tradisional
Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat. Di Indonesia, Kopi Luwak dijual USD8.00 secawan. Harga tersebut sudah semestinya dapat mengalahkan kehebatan Kopi Starbucks mahupun Coffee Bean. Walaupun Kopi Luwak difatwakan halal namun Pak Udak lebih gemarkan kopi o biasa. Murah, mudah dan halal sesuai dengan Firman Allah ~ “Wahai manusia, makanlah (makanan) dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah: Ayat 168.
Hossny ~ Nanti kita ajak Bang Mos minum kopi ni k....Hahahahah
ReplyDelete