Sunday, November 27, 2011

The Best Nasi Lelapan in Miri

Nasi Lelapan Ikan Tenggiri di Restaurant Muara, Miri

27.11.2011 ~ Kalau post pagi tadi Pak Udak berkongsi tentang tempat breakfast yang paling best kat Miri, kali ni nak kongsi tentang Nasi Lelapan Miri.  Kalau anda ke Miri, menu ni wajib dicuba kerana Lelapan dan Miri seakan tak dapat dipisahkan.  Disebabkan sajian ini mendapat sambutan yang luar biasa, ramai pengusaha restaurant di Miri menjadikan Nasi Lelapan sebagai menu utama mereka.  Tapi kalau nak cuba Nasi Lelapan, Pak Udak cadangkan ke Restaurant Muara.  Ada tiga buah, satu kat Muara Sg. Miri,  satu kat depan Mega Hotel dan satu lagi di Permyjaya.  Restaurant inilah yang pertama kali memperkenakan Nasi Lelapan kat Miri.  Istimewanya Nasi Lelapan ni sebab ada Lapan lauk dalam satu pinggan tanah liat.  Asli Indonesia cukup terasa di restaurant ini.  Restaurant ni akan sesak pada waktu makan tengahari sampai ke malam.  Tahniah kepada businessman Melayu Islam yang berjaya.  

No comments:

Post a Comment