2.1.2011 ~ Assalamualaikum kepada semua yang saya kasihi. "Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “. Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah
s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh
penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan
oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal. Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan
orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke
atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah
SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika
kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan
diri dengan Maha Pemaaf! Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita
gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang
lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan
kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.
No comments:
Post a Comment