20.10.2011 ~ Alhamdulillah sempat menulis semula dalam blog yang kian sepi ini. Post kali ini nak cerita sedikit tentang bahaya fitnah dan buruk sangka sesama manusia. Malah fitnah amat ditegah sehingga Rasulullah SAW Bersadba: “Tidak masuk surga orang yang menghambur-hamburkan fitnah” (suka menadu domba) (HR Abu Dawud dan At Tharmudzi).
Malah perbuatan fitnah dan buruk sangka ini dengan jelas dilarang oleh Allah SWT seperti firman Alllah "..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan
daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12. Perbuatan fitnah ini bukan sahaja berdosa kepada perlaku malah turut berdosa kepada yang mendengar seperti firman Allah dalam Surah An- Najm 53: 32 ~ "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang
yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang
yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang
yang mengumpat itu" "Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia
adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupun ia
berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong,
apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan
khianat" "Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia
adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah
ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar
sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya
sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga." "Maka janganlah kamu
menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah
orang yang lebih bertaqwa kepadaNya."
Sehubungan itu apabila kita menerima sesuatu berita yang belum pasti kebenaranya janganlah kita terus percaya dan yakin kepada pembawa berita itu kerana Allah telah berfirman dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.”
Justeru marilah kita kembali ke jalan yang benar dengan hidup berpandukan Al-Quran dan As-sunnah dan bukannya menyalahgunakan nikmat ilmu, kedudukan, harta serta kuasa yang ada untuk menutupi yang batil. Hal ini jelas dinyatakan dalam Hadis Rasullah SAW ~ Daripada
Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia
dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang
dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada
gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).Nauzubillahiminzalik.
No comments:
Post a Comment