"Bukan Sekadar Cerita Masakan dan Peribadi Tapi Sebuah Nostalgia"- Udak Dilah
Monday, October 31, 2011
Bahaya Spa Ikan
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan
atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai
penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta
beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. ~ Sumber: Berita Harian.
Secret Recipe ~ Fried Rice with Satay
31.10.2011 ~ Fried Rice With Satay (RM14.90)....Emmmmm ari tu sedap (masa makan selepas majlis SMV Miri) tapi bila malam minggu lepas jadi tak sedap plak. Mungkin hujung minggu orang ramai so kualiti ada kurang sikit. Tapi harga tetap sama. Standard harga hotel tapi rasa ada masin sikit. Nasib baik cake sedap...Itulah standar kita orang Malaysia bila memasak. Rasanya tak konsisten. Hakikatnya takat masak masakan macam ni tak payah makan luarpun Pak Udak boleh masak...Ni lah masalah bila Chef makan kat luar. Ahak~
NZ @ Kundasang Desa Dairy Farm
This dairy farm is the best place in Sabah to be at.
It's a must-see place that shouldn't be missed in anybody's itinerary for
their Sabah trip. Desa Dairy Farm is located at the foothills of Mount
Kinabalu. A herd of the Friesian cattles wandering on the fields somehow
or rather makes me feel as though I am in New Zealand instead. The
scenery of the green meadows stretching as far as to the foothill of the
mountain offers a magnificent view - so beautiful that you might forget
to breath for a few seconds seeing it !
PPKS MIRI 3rd CONVOCATION CEREMONY
To all graduates,
The PPKS Miri is pleased to announce its 3rd Convocation
Ceremony on 29th November 2011.
You are invited to attend the Ceremony which will be held at the
Imperial Ballroom, Mega Hotel Miri. For
any inquiries, please contact the Secretariat at 085-622184/194 (Please take
into consideration that the line will be busy due to multiple incoming calls
and your patience and frequent attempt are needed. On behalf of the PPKS Miri, I offer my
warmest congratulations to all future graduates and wish you very success in
the years ahead. I hope you enjoy this
ceremony, which adds to the sense of occasion and make it a special day to
remember. Thank You. – Student Affairs
Department.
Memori Daun Pisang di Kundasang
31.10.2011 ~ Kali pertama jejak kaki di Kundasang ni pada tahun 2009. Kalau tak silap bulan Mei. Waktu Dania dah umur setahun. Masa tu teruja sangat nak sampai di Kundasang yang dikatakan tempat tersejuk di Boneo. Disebabkan kami naik teksi so tak dapatlah nak jalan jauh. Antara tempat yang yang kami sampai di Pekan Nabalu, Kinabalu Park, dan Pekan Kundasang. Untuk setengah hari tu kami habiskan RM500 ringgi. Tapi memang berbaloi sebab hajat kesampaian. Disebabkan jatuh cinta pada Kundasang, kami sekali lagi pergi menggunakan jalan darat melalui Brunei, Limbang dan Lawas. Perjalanan selama 7 jam langsung tidak memenatkan sebab pemandangan yang cukup indah sepanjang perjalanan ke KK. Dipendekan cerita pada malam kedua kami bermalam di Kundasang..emmmmmm suhunya cukup sejuk macam di Belfast UK.
Kat Kundasang memanglah tak macam Genting dan Cameron tapi kat sini flora dan faunanya masih terpelihara. Hutanpun masih tebal dan suasana kampung masih cukup terasa. Selain berkunjung di Kinabalu Park, pengunjung boleh juga ke Pekan Kundasang, Kundasang War Memorial Park, Desa Dairy Farm, Poring dan banyak lagi. Kat Kundasang kami bukan saja jatuh cinta pada suhu dan damainya desa tersebut tetapi jatuh cinta pada Baksonya yang sedap dan lazat.
Anda harus ke Restauran Seri Pinang di Pekan Kundasang (Berhampiran Kundasang War Memorial Park) untuk menikmati Bakso yang lazat. Cinta di Kundasang menyebabkan kami terpanggil untuk kembali pada setiap cuti hujung tahun.
Memori Daun Pisang @ Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Bharu
31.10.11 ~ Pertama kali jejak di KB pada tahun 2002 masa tu masih study kat UPM. Kali kedua pulak pada tahun 2008 ketika menyertai Karnival Pendidikan MARA Peringkat Negeri Kelantan. Kalau nak tahu nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau
bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri
Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti
peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik
di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri
daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. (Boleh nampak dalam gambar kat atas tu semuanya kaum hawa).
Pasar
ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah
dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan
sebagainya. Tingkat satu
pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis
makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan
percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam
merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri
Kelantan. (Nampak tak gambar kat atas tu...emmmmm meliur bila tengok). Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok,
jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih
lain yang juga dijual di sini. Bila terkenang memori daun pisang di KB teringin nak pergi lagi untuk menjejak kesan tingalan dulu. ~ Pak Udak.
Saturday, October 29, 2011
Tak Sempat Nak Makan ~ Ultimate Cheesy 7 Pizza
29-10-2011 ~ Malam tadi kami semua cadang nak makan Pizza Ultimate Cheese 7 ni kat Bintang Mall sebab request dari Mama yang sambut birthday semalam. Cari parking je dah setengah jam pastu sampai je di Pizza Hut punyalah ramai orang...Full house....Tak der rezeki. Last-last makan kat SR....Buat mama, jangan risau nanti kita take away ja....
Birthday Cake Mama: Chocolate Indulgence
29.10.2011 ~ Untuk sambutan Birthday Mama Dania aka isteri Pak Udak, malam tadi kami dinner kat Secret Recipe. Kek Birthday Mama ~ Chocolate Indulgence. Emmmmm sedap tak terkata. Pada asalnya nak makan "Ultimate Cheesy 7 Pizza" tapi punyalah ramai orang kat Pizza Hut Bintang Mall jadi kami paksalah makan di Secret Recipe...Walaupun banyak yang kami order kat situ dah habis dan tak ada tapi yang penting kami celebrate Birthday Mama.
Friday, October 28, 2011
Selamat Hari Jadi Mama
28.10.2011 ~ Maha Suci Allah, sesungguhnya dia ini adalah sebaik-baik wanita bagiku,
kerana dia sentiasa mentaatiku, mengurus keperluan diriku, bijak
mengatur kehendak anakku. Dia juga mendidik anakku dengan sempurna. Dia
bukan sakadar Ibu tapi juga seorang guru. Dia adalah isteriku. Ya
Allah, Berikan dia rahmat dan kasih sayang-Mu agar dia dapat terus
menunaikan kewajiban kepada-Mu dan berbakti padaku serta keluargaku. Amin..Selamat Hari Jadi Mama..
Monday, October 24, 2011
Kenali Muammar Gaddafi Dari Sudut Positif - Al-Fatihah
Libya and Libyan "dictator" Muammar Gaddafi:
1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.
2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.
3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi’s father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.
4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$ 50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.
5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.
6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms – all for free.
7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US $2, 300/mth accommodation and car allowance.
8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.
9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.
10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.
11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.
12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.
13. A mother who gave birth to a child receive US $5 ,000
14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15
15. 25% of Libyans have a university degree
16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.
By: The truth about Libya - الحقيقة من اجل ليبيا
Thursday, October 20, 2011
Bahaya Fitnah dan Buruk Sangka
20.10.2011 ~ Alhamdulillah sempat menulis semula dalam blog yang kian sepi ini. Post kali ini nak cerita sedikit tentang bahaya fitnah dan buruk sangka sesama manusia. Malah fitnah amat ditegah sehingga Rasulullah SAW Bersadba: “Tidak masuk surga orang yang menghambur-hamburkan fitnah” (suka menadu domba) (HR Abu Dawud dan At Tharmudzi).
Malah perbuatan fitnah dan buruk sangka ini dengan jelas dilarang oleh Allah SWT seperti firman Alllah "..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan
daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12. Perbuatan fitnah ini bukan sahaja berdosa kepada perlaku malah turut berdosa kepada yang mendengar seperti firman Allah dalam Surah An- Najm 53: 32 ~ "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang
yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang
yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang
yang mengumpat itu" "Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia
adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupun ia
berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong,
apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan
khianat" "Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia
adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah
ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar
sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya
sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga." "Maka janganlah kamu
menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah
orang yang lebih bertaqwa kepadaNya."
Sehubungan itu apabila kita menerima sesuatu berita yang belum pasti kebenaranya janganlah kita terus percaya dan yakin kepada pembawa berita itu kerana Allah telah berfirman dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.”
Justeru marilah kita kembali ke jalan yang benar dengan hidup berpandukan Al-Quran dan As-sunnah dan bukannya menyalahgunakan nikmat ilmu, kedudukan, harta serta kuasa yang ada untuk menutupi yang batil. Hal ini jelas dinyatakan dalam Hadis Rasullah SAW ~ Daripada
Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia
dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang
dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada
gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).Nauzubillahiminzalik.
Tuesday, October 18, 2011
Rebutlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara
18.10.2011 ~ Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama :
masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit
(miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu
sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat
al-Hakim dan al-Baihaqi). Justeru, demi memperolehi keselamatan
hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan
Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi.
Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga
kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang
mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti. Allah S.W.T berfirman dalam surah
Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu
dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."Selamat menjalani Ibadah Solat Subuh. Ashlih nafsaka, wa'u ghairaka ~Perbaiki diri lalu seru orang lain pada kebaikan..
Saturday, October 15, 2011
Friday, October 14, 2011
Berakhirnya Tahajjud Cinta
Drama Tahajjud Cinta diadaptasi dari Hadis ini. Daripada
Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia
dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang
dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada
gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SubhanAllah Wa
Taala. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan
Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran
Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan ) pun
akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
Intipati: Golongan yang dimaksudkan di
dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat
untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk
meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia
dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan
memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah
yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya
hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan
mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga
menipu diri mereka sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran
yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan
kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang
meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi. Berwaspadalah kita kepada manusia seperti di atas kerna mereka menjadikan agama sebagai modal dalam berbuat kejahatan dan dosa.
Thursday, October 13, 2011
Wednesday, October 12, 2011
5S ~ Blog pun sunyi
12.10.2011 ~ Tinggal dua hari lagi nak audit persijilan 5S. Kami kat pejabat semua sibuk buat persiapan. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Cuma tinggal dua tiga benda lagi yang tak selesai, tupun bukan major. Yang pasti 14.10.2011 takkan ada benda-benda yang tak sempurna di mata di pejabat. Insyaallah kali ini akan dipersijilkan semula.
Friday, October 7, 2011
Ceramah Ustaz Kazim di Masjid An-Naim Lutong, Miri
Info
Masjid An-Naim Lutong ~ Tokoh agama terkenal Al-Fadhil Ustaz Kazim
Elias Al-Hafiz akan mengadakan Kuliah Maghrib pada 7 Oktober 2011
(Jumaat) di Masjid An-Naim Lutong. Tokoh yang sama akan menyampaikan
Ceramah Perdana pada 8 Oktober 2011 (Sabtu) di Auditorium Petronas SKO.
Semua dijemput hadir. Antara ceramah Ustaz Kazim.
Thursday, October 6, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Tuesday, October 4, 2011
Monday, October 3, 2011
PPKS Miri Got Talent ~ 2011
3-10-2011 ~ PPKS Miri Got Talent 2011 @ Pertandingan Karaoke PPKS Miri ni telah berlangsung semasa Hari Kerjaya PPKS Miri pada 13-14 September 2011. Mula-mula penyertaan tak ramai cuma dari kalangan student saja. Tapi pada hari pertandingan jadi lain pulak sebab ramai yang datang dan register on the spot. Rasa-rasa kalau tak silap lebih 15 orang yang masuk bertanding pada hari tu....Paling menarik ramai otai karaoke yang masuk so budak-budak Pak Udak ramai yang tewas. Tapi kalah menang bukan ukuran. Yang penting ada kemahuan dan kebolehan menyanyi. Lihat gambar kat bawah ni,,,emmmmm siap pakai blazer lagi Pak Cik ni...Suara di emmmmm cengkeh...memang sedap..
Kat Bawah ni pulak memang Pro Habis. Juara kampung Merikan. Jangan main-main ngan otai ni sebab lentoq habislah @ suara emas. Pakaian tu nampak sangat retro.
Kat bawah ni pulak budak-budak Pak Udak ~ Farhan. Suara not bad cuma tak cukup pengalaman nak lawan otai-otai kat atas tu. Kira ok jugalah sebab dapat masuk final. Kira top 5 la budak ni...
Yang kat bawah ni pun sama....duet si Farhan...emmmmm namanya syadah. Budak Luak. Suara ok macam Ziana Zain cuma tulah belum dapat nak kalahkan otai yang tiap-tiap hari karaoke kat kampung. Ni pun kira Top 5 gak..
Emmmm bawah ni Pak Cik kat atas tu lagi. Dia ni ada gaya penyanyi sebab tu Pak Udak suka ambik gambar dia. Suara lentoq abis la....
Yezzzz kat bawah nilah Jamal Abdillah. Suarapun sebijik macam JA. Kalau JA ada kat bawah pentas mesti nangis sebab tak boleh cari makan lagi. Ni kira Top 5 juga....Pakaian mengancam macam Jamal.
Nak jadikan cerita, Pak Cik kat bawah ni pada mulanya masuk pertandingan lagu Patriotik tapi akhir masuk karaoke sebab ramai kawan-kawan dia kat situ. Suara dia ni macam P. Ramlee..Mak cik tu plak suara mantap habis macam Saloma. Kalau tak silap dia ni Johan.
Hahahaha ni pun student Pak Udak ~ Zam namanya. Suarapun ok gak. Cuma macam Pak Udak cakap tadi susah nak lawan otai kat atas tu.
Hahahahahaha ni yang paling hebat....Penyanyi terbilang PPKS Miri. Costume pun pakai pakain Guard je...Joget dia boleh patah pentas kalau silap hari bulan. Macam ayam jantan nak masuk bersabung.
Tanhiah pada JK Aktiviti Luar yang berjaya menganjurkan aktiviti Karaoke PPKS Miri 2011.
Sunday, October 2, 2011
Mee Ayam Sup ~ Pak Udak
2-10-2011 ~ Pak Udak buat menu pelik untuk makan tengahari tadi. Mee Ayam Sup. Nak kata mee kolok pun bukan, mee sapi pun bukan. Apapun tetap terbaek dan sedap. Petang nanti tak tahu nak masak apa. Masih tercari-cari menu makan malam nanti. Emmmmm mungkin Tempoyak Udang..
Buah Avokado ~ Bukh
2.10.2011 ~ Lepas makan tengahari tadi Pak Udak dapat panggilan telefon dari rakan baik sepejabat "Bukh". Katanya nak datang untuk beri buah Avakado. Memang terbaik buah avakado yang Bukh beri tadi sebab dah masak. Terima kasih kepada Bukh. Ni lah buahnya....Sedapkan...emmmm..
Buah Avokado ni bagi yang belum pernah rasa perlulah mencuba, Rasanya macam isi kelapa. Khasiatnya banyak sekali. Kalau nak tahu Avokado (bahasa Inggeris avocado), tergolong
dalam kumpulan pokok renek, terkenal zaman-berzaman. Bagi puak India Amerika,
ia sumber makanan dan agen lemak serta penyembuh penyakit.
Berasal
dari Amerika Tengah , ada yang mengatakan negara asalnya Mexico dan perkataan avocado sendiri berasal daripada nama
orang Mexico, Ahuacale. Avokado
dipercayai ada khasiat semula jadi tersendiri. Daunnya berkhasiat melawas
kencing, membuang angin, membetulkan perjalanan haid dan membuka selera. Buahnya
yang mengandungi minyak lemak, lesitin dan phistosterin, digunakan untuk
mengubat luka, membetulkan perjalanan haid dan merangsang syahwat. Hebatkan....
Cheese Cake - Chef's Signature Dishes ~ Pak Udak
2.10.2011 ~ Alhamdulillah menjadi juga Cheese Cake Pak Udak. Semalam cari bahan-bahan dekat Kenyalang dan terus buat. Inilah hasilanya. Senang je buat Cheese cake ni...Main masuk je dalam mixer. Sorry ye malas nak tulis resepi. Kalau nak bagitau je..Nanti Pak Udak emailkan caranya.
Tempoyak Goreng Ikan Bilis
2.10.2011 ~ Tempoyak Goreng Ikan Bilis. Tak jumpa udang semalam. Emmm. pagi ni nak ke Kuala Baram. Target nak cari Udang untuk masak Tempoyak Goreng Udang. I like Weekend.
1001 Sebab Kenapa Setiap Minggu Ke Bekenu
1.10.2011 ~ Sebenar ramai yang bertanya kenapa Pak Udak ke Bekenu hampir setiap hujung minggu. Pendek kata Bekenu lokasi wajib kami sekeluarga biarpun terpaksa menempuh perjalanan selama 40 minit dari kediaman Pak Udak di Jee Foh Road 9. Bagi yang belum sampai ke Bekenu, pakan ni kecil je lebih kurang macam Pekan Batu Kawa, di Kuching. Penduduk sekitarnya majoriti berbangsa Kedayan yang terkenal dengan ramah dan mesranya. Walaupun terdapat sedikit perbezaan bahasa namun itu bukan penghalang untuk bergaul dengan masyarakat di Bekenu. Istimewanya Bekenu kita masih boleh membeli sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan serta segar dari ladang dan hutan. Disarankan sesiapa yang nak ke Pekan Bekenu agar pergi di awal pagi kerana pekan Bekenu akan menjadi lenggang bila masuk jam 11.00 pagi. Pagi tadi Pak Udak dan keluarga sewal 8.00 pagi telah bertolak ke Bekenu. Rezeki di awal pagi memang tidak dinafikan. Inilah hasil yang kami peroleh dengan harga yang cukup murah kalau dibandingkan di Miri. Lihat apa yang Pak Udak beli tadi di Bekenu:-
Ketam Nipah ~ RM 15 sekilo dibeli di Kampung Pantai Bungai. Kalau di Miri khususnya di Boulevard Hypermarket harga ketam jenis ini boleh mencecah RM30.00 sekilo. Ketam ni kalau kat Sarawak orang panggil Ketam Kalok. Ketam ni lebih sedap isinya daripada Ketam Suri atau Ketam Bunga. Kalau masak Sos ataupun Masak Lemak Cili Padi memang sesuai sangat.
Lokan ~ RM 2 sepinggan. Beli 3 dapat offer RM5.00. Lokan ni macam kerang juga cuma isinya lebih besar dari Kerang. Pak Udak suka beli anak-anak lokan dari beli lokan-lokan yang dah tua sebab isinya lebut dan manis bila di masak begitu saja. Lokan ni tak dapat nak masak macam-macam sebab paling sedap masak rebus je.. Benda-benda macam ni payah betul nak jumpa kalau di Miri. Kalau adapun harganya emmmmm memang mahal.
Ikan Gerongong @ Cencaru ~ RM3 sekilo. Kalau di Miri harganya RM6.00 - RM8.00 sekilo. Ikan ni Pak Udak Beli di Kampung Kuala Bakam (on the way ke Bekenu). Masih fresh dan segar. Ikan ni sedap kalau panggang sumbat dengan kelapa parut + gamaram+ ajinomoto+kunyit+Cili+serai. Nak mudah senang je, campurkan kelapa parut dengan serbuk kunyit dan cukup rasa. Emmmm....jangan lupa cecahnya Kicap Kipas Udang Manis + Cili Padi + Limau Nipis.
Ikan Kembong ~ RM3.00 sekilo. Inilah ikan favorite Pak Udak. Masak Asam Pedas Cili Api memang terbaik apa lagi kalau Ikan Kembong Fresh. Takpun bakar dan cecah dengan asam limau. Ikan ni paling senang nak dibersihkan. Buang insang dan perut je...Mudahkan. Ikan Kembong ni sedap juga kalau digoreng tapi rumah Pak Udak aktiviti menggoreng ni ada kurang sikit.
Anak Jagung RM1.00 sebungkus. Kalau kat Kuching orang panggil "ampang jagung". Ni dibeli di Pakan Bekenu (Tamu). Masih segar dan murah. Di Miri jangan haraplah nak dapat sayur sesegarni sebab orang yang jual kat Tamu Miri dan E-mart pun semua ambil sayur dari Bekenu. Jadi hargapun ada mahal sikit. Biasanya kat Miri anak jangung ni orang jual RM2.00 sebungkus. Anak jangung ni paling sedap kalau dimasak dengan oyster sos campur dengan cendawan bibir. Nak sedap masukan sikit butter (pastikan yang halal). Takpun masak rencah-rencahpun sedap juga @ masak tumis. Kalau nak buat steamboat anak jagung yang segar ni memang sedap bila sebab rasanya manis.
Bayam ~ RM1 seikat. Kalau nak tahu bayam adalah pilihan sayur tetap dalam hidangan di rumah pak Udak. Bayam ni kaya dengan Zat Besi dan mudah nak disediakan. Tapi jangan masak terlalu lama sebab khasiat bayam akan hilang jika terlalu lama dimasak. Fakta: Memakan bayam juga
dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh
juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan
peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat
mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu
memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia. Khasiat
bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada
penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia.
Semuanya kerana kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak
sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu
yang membawa kepada masalah mata tersebut. Banyakan khasiat bayam.
Buah Betik ~ RM2 sebiji je.Kalau kat Miri RM3.00 sekilo. Yang ni mau RM6.00 kalau kat Miri. Isi merah dan pejal emmmmm memang sedap dimakan dan cukup baik untuk kulit. Kalau musim betil, harganya sampai hanya RM je sebiji. Inilah buah kegemaran Pak Udak..
Buah Pulo~ RM1.00 sebungkus. Buah ni macam buah nangka dan cempedak. Sedap dimasak lemak campur dengan ikan masin. Tak rugi ke Bekenu jika kita dapat sayur-sayuran dengan harga yang murah dan segar.
Entemu Pauh ~RM1.00. Entemu ni sejenis herba. Rupanya macam halia tapi rasanya ada masam sedikit. Elok dijadikan ulam-ulaman sebab entemu pauh berfungsi untuk membuang angin dalam badan. Kat Miri janganlah harap dapat jumpa edisi terhad ni. Sedap juga kalau dibuat sambal. Elok dimakan jika mahu menaikan seri wajah dan awet muda.
Mempelam ~ RM2.00. Mempelam ni memang manis. Selain itu, Pak Udak suka mempelam sebab rasanya masam manis dan harum. Biasanya makan begitu saja.
Pegaga ~ RM1.00. Herba ini mempunyai pelbagai khasiat. Selain sedap dibuat jus, Pegaga juga boleh dibuat kerabu dan ulam-ulaman. Rugi tak makan sebab Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai
herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO
kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan. Rugilah sapa-sapa tak nak makan dan minum jus pegaga ni.
Petola 3 biji ~ RM2. Petola ni betul-betul murah. Tengok jedah tahu buah ni baru petik dari kebun. Sesuai dimasak sup. Kalau kat Miri sebiji RM1.00. Kalau elok tak apa juga tapi dah kecut.
Sukun~ RM3. Buah sukun ni kami jumpa di Pantai Bungai. Emmmm lama tak makan ni. Buah sukun ni sedap kalau di goreng gitu-gitu saja. Kalau buah sukun yang masak boleh dibuat pengat atau bubur sukun. RM3.00 sebiji ni cukup murah sebab dulu pernah beli di Miri harganya RM4.00 sekilo.
Serai ~ RM1.00. Kalau nak beli serai belilah di Bekenu. selain murah serai yang dijual memang baru ambil dari kebun. Selain banyak dan harga yang murah, kita juga turut membantu nenek-nenek tua yang biasanya jual serai di Bekenu. Itulah kelebihan Bekenu bagi Pak Udak yang duduk di Miri ni. Tradisi ke Bekenu akan diteruskan dari seminggu ke seminggu untuk mendapatkan bekelan makanan untuk seminggu. Paling menarik, kita akan jumpa banyak benda yang jarang kita jumpa di Kuching mahupun di Miri.