Monday, September 5, 2011

Rumah Kedai Lama @ Sibu Laut


Kedai Lama ini Terletak di Kampung Sibu Laut, 40km dari Bandaraya Kuching, kira-kira 30 minit perjalanan. Dari Kampung Telaga Air, menyeberang dengan menggunakan bot ke Kpg Sibu Laut. Selepas itu, kita terpaksa berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke rumah kedai yang usang ini. Menariknya Kampung Sibu Laut terdapat banyak rumah kosong yang masih utuh namun telah lama ditinggalkan.  Selain itu (gambar di atas) Satu-satunya Rumah Kedai yang terdapat di Kampung Sibu Laut (Seberang Telaga Air). Rekabentuk bercirikan tradisional Melayu dan eropah. Popular sekitar tahun 1980-1990-an. Kini masih utuh walaupun telah lama ditinggalkan. Photo ini diambil pada hari raya ke-3 semasa kunjungan singkat di Kampung Sibu Laut...

No comments:

Post a Comment