29.9.2011 ~ Maghrib tadi Pak Udak bertamu di Rumah Allah @ Masjid An Naim Lutong dengan membawa bersama botol-botol air Mineral untuk dijadikan air bacaan Yassin. Semoga keberkatan Yassin yang dibacakan secara serentak bersama-sama akan mengubat jiwa dan hati Pak Udak, Isteri dan anak dari awal kehidupan sehingga menjenggah ke liang lahat. Sebaik usai bacaan Yassin, Tahlil dan Doa, Al-Fadhil Ustaz Zul Al-Haffiz telah menyampaikan sedikit tazkirah tentang besarnya manfaat jika kita membacakan Surah Al-Kahfi pada hari dan malam Jumaat. Surah
al-Kahfi dikatakan memiliki kedudukan
istimewa. Terdapat beberapa hadis yang menyentuhnya secara khusus. Para
ulama ahlus Sunnah juga sering mengingatkan supaya mengambil berat dan
memahami surah al-Kahfi ini. Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang
membaca surah al-Kahfi pada hari Juma'at, maka dia akan mendapat cahaya
di antara dua Juma'at." (Hadis Riwayat an-Nasaa'i dan al-Hakim). Beliau
juga bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi
sebagaimana ia diturunkan, maka baginya cahaya di Hari Kiamat sejauh
dari tempat tinggalnya hingga ke Makkah. Dan sesiapa yang membaca
sepuluh ayat terakhir dari surah tersebut, kemudian ketika dajjal
muncul, maka dajjal tidak akan mampu menguasai dirinya." (Hadis Riwayat
al-Hakim). Selamat Beramal.
No comments:
Post a Comment