24.9.2011 ~ Dirgahayu TYT Sarawak sempena Sambutan Hari Jadi yang Ke-90. Semoga Allah lanjutkan usia Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke - 90 Pak Udak ingin memetik kembali serba-sedikit mengenai TYT untuk tatapan kita semua.
Tun
Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng
merupakan Gabenor negeri Sarawak yang ke-tiga dan yang ke-enam. Beliau
merupakan orang yang pertama memegang jawatan gabenor sebanyak dua kali.
Latar belakang
Beliau
merupakan anak lelaki tunggal kepada Abamg Barieng bin Abang Anyut.
seorang tokoh yang tidak asing lagi dan juga merupakan seorang ketua
komuniti Melanau di bahagian ke-tiga pada masa itu. Setelah
zaman pendudukan Jepun, beliau telah menjawat jawatan sebagai seorang Pegawai Daerah sehingga tahun 1947 di bawah penjajahan orang
Inggeris. Beliau kemudian bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara dan di
Jabatan Kerja Raya.
Kegiatan Politik
Beliau
begitu aktif dalam politik Sarawak. Beliau turut serta dalam membentuk
Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).
Beliau merupakan wakil kaum Melanau dalam Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia. Pada tahun 1963,
beliau telah beretanding dalam pilihanraya negeri dan memenangi kerusi
ADUN. Beliau bersara daripada bidang politik pada tahun 1968 dan
menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sehinnggalah bersara
sebagai Ketua Pengarah.
Gabenor Sarawak
Pada
tahun 1977, beliau dilantik sebagai TYT Gabenor Negeri Sarawak yang
ke-tiga. Beliau menggantikan Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.
Beliau kemudiannya digantikan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub pada 1981. Pada tahun 2001, beliau diminta untuk menyandang jawatan Gabenor Sarawak disebabkan oleh Tun Ahmad Zaidi Adruce kembali ke rahmatullah. Memandangkan beliau begitu cekap sebagai Gabenor Sarawak, maka perkhidmatan beliau diteruskan hingga ke hari ini. Dirgahayu TYT Dipertuan Negeri Sarawak. ~ Pak Udak
No comments:
Post a Comment