Alhamdulillah...Syukur pada Allah yang masa esa. Dengan izin dan kasih sayangnya buah hatiku ~Dania Nur Alesha kembali ketawa.....Trauma 26 Julai masih terasa bila Dania kena Febrile fits. Namun sebagai bapa, segala usaha terbaik telah dilakukan dan selebihnya terserah pada yang pakar dan yang utama adalah Allah. Alhamdulillah kami berjaya menempuh saat sukar dengan sokongan yang berterusan dari rakan dan taulan. 29 Julai - Dania dibenarkan pulang. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengambil keputusan untuk berjaga ketika Dania tidur serta memastikan ubat yang dibekalkan oleh doktor diambil mengikut masa yang ditetapkan. Hari ni saya terpaksa membatalkan niat ke Kuching kerana risau akan keadaan Dania. Bagi saya Dania adalah segala-galanya. Hari ni juga kami sekeluarga turut melakukan kerja-kerja pembersihan walaupun rumah memang sentiasa bersih. Ini adalah untuk mempastikan tahap kesihatan Dania pulih sedia kala dan mengelak perkara yang sama berulang. Alhamdulillah ~ Dania semakin sihat dan ceria seperti dulu. Senyum tawa Dania telah mengembalikan kekuatan kami. Ya Allah kau ampuni dosaku, ibu bapaku, isteriku dan anakku. Selamatkanlah anak kami dari sebarang ancaman sama ada penyakit berjangkit, ganguan manusia dan syaitan. Semoga kasih sayang-Mu ya Allah akan memberikan kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment