Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul 1434. Semoga cinta kita kepada Rasullullah SAW dapat kita terjemahkan dlm bentuk gaya hidup, pergaulan, perbuatan, pekerjaan, pertuturan dan amalan kita, sama ada dalam konteks kita bekerluarga, berorganisasi, bermasyarakat dan bernegara. Semoga dengan ikut cara Nabi, kita akan mendapat kasih sayang dan syafaat daripada Nabi besar kita di hari perhitungan nanti. Amin. 

Saturday, January 19, 2013

Manisnya COUPLE Halal


Ramai yang kata bila dah kahwin tak ada lagi masa nak dating.  Siapa kata sebab lepas kahwin la boleh dating hari-hari.  Ambik dan hantar balik. Lepas tu makan sama-sama.  Malah dah tak salah duduk bawah satu bumbung.  Manisnya bercinta dengan isteri sebab kita sedikit sebanyak cuba menunjukkan diri kita sebenar.  Masa bercinta dulu mana ada bakal isteri atau tunang kita tahu tentang hutang kita, latar belakang hidup kita dan perkara-perkara yang tak elok biasa kita buat.  Sebab semua kita simpan.  Bila dah kahwin baru tahu buruk baik isteri mahupun suami.  Dalam soal begini, kedua-dua pasangan harus banyak sabar dan tolak ansur. Banyak memberi dan menerima.  Banyak libatkan pasangan kita dalam hal urusan rumah tangga.  Manisnya couple halal ni bila isteri masak suami makan, malah ada suami yang masak untuk isteri.  Tak salahkan suami masak? Yang penting kerjasama.  Kalau ada zuriat, didiklah dengan tanggungjawab biarpun kita terpaksa hantar kat nursery untuk jaga anak kita.  Yang penting landasan ilmu buat mereka menempuh dunia yang sementara ini.  

Kalau Pekerja Tak Suka Boss itu normal...


Salam Hujung Minggu.  Dalam dunia pengurusan sumber manusia, perkara yang paling susah nak handle adalah manusia.  Sebab setiap kita diberikan Allah dengan pelbagai idea dan sifat,  Namun, dalam kontek pemilihan pekerja, ramai yang menitik beratkan aspek kelayakan, pendidikan dan pengalaman.  Hakikatnya perkara itu sepatutnya diletak di bahagian no-2 dalam pemilihan pekerja.  Yang utama - Attitude atau sikap. Pendidikan boleh dipelajari dan pengelaman boleh dialami.  Tidak semua orang yang sudah lama bekerja itu cukup pengalaman dan tidak semua yang masih muda itu tiada pengalaman.  Kalau kita hanya bekerja di sebuah organisasi dan buat satu perkara yang sama dalam tempoh tersebut adakah kita boleh dikatakan berpengalaman? Belum tentu, kerana pengalaman itu melibatkan semua perkara.  Pandai cakap sekalipun belum bermakna kita boleh jadi Lawyer...tetapi yang perlu ada adalah education.  Kalau ada education sekalipun,  tiada pengalaman pun tak guna.  Namun Udak masih menekankan aspek attitude...Tanpa sikap yang baik, pendidikan dan pengalaman tiada makna.  Sebab sikap adalah yang kita warisi dan susah untuk diubah...sebab itu ramai boss atau ketua jabatan rasa terkilan bila pekerja menikam mereka dari belakang. Itu Normal. Sebab situasi inilah yang membezakan kita dengan pekerja.  Apapun tanganilah dengan bijaksana. Kalau patut diambil tindakan disiplin dalaman rasanya tiada masalah daripada kita menyimpan barah yang semakin hari membesar dalam organisasi kita.  Dalam dunia ni, mana dapat kita nak puaskan hati semua orang...Semakin kita memberi, semakin orang meminta. Semakin kita baik, semakin teruk orang nak jatuhkan kita.  Yang baikpun orang tak suka, apalagi yang tak baik.  Selamat berhujung minggu.

Friday, January 18, 2013

Udak kembali


Salam...Lamanya tak menulis kat sini.  Selamat Tahun baru 2013. Semoga tahun ini kita lebih berjaya dalam hidup.

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor