Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, September 23, 2012

Udang Semuan


Udang Geragau kalau di SM dan di Miri lebih dikenali sebagai semuan.  Kalau yang kecil lagi di panggi bubok.  Musim semuan dan tiba dan pasti tak lama lagi akan ada pula musim bubok di Miri.  Harga hari ini murah dari semalam iaitu RM4.oo sekilo..

Saturday, September 22, 2012

Mendidik Anak di Alaf 21


Dania ~ earphone.  Baru 3T3B dah tahu guna Notebook

Dalam mendidik anak-anak, approach hendaklah betul kerana situasi masa kini jauh sama sekali berbeza dengan tahun-tahun 80-an dan 90-an.  Pada waktu itu, akses jalur lebar dan internet amat sukar dan tiada.  Justeru, masa dan waktu banyak terluang bersama anak-anak.  Namun situasi itu berbeza kini kerana hampir setiap saat updated facebook dikemaskini.  Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya, mewarna, membentuk sikap dan perilaku anak.  Oleh itu, PERHATIAN adalah perkara pertama yang perlu diberikan kepada anak disamping KASIH SAYANG yang tidak berbelah bagi.  Bagi ibu bapa yang bekerja, faktor tiada masa sepatutnya tidak timbul kerana QUALITY TIME bukan memerlukan masa yang lama kerana yang sedikit itu mampu memberi IMPAK yang besar.  Bagi suami isteri, perkataan KOMITMEN harus difahami dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak kerana anak-anak adalah amanah serta pelaburan jangka masa panjang.  Jatuh bangunnya anak kita terletak ditangan ibu bapa.  Justeru, dalam mendidik anak-anak pada masa kini khususnya pada tahun 2012 ~ percampuran formula KASIH SAYANG+PERHATIAN+KOMITMEN+DOA insyaallah akan melahirkan generasi yang baik dan seimbang.  Bagi Pak Udak prestasi akademik bukan ukuran 100% jayanya anak-anak kita dalam kehidupan tetapi kejayaan yang sebenar apabila anak kita mampu menjadi MANUSIA YANG BERGUNA, BERDIKARI, BERIMAN, dan berupaya MENGALAS TANGGUNGJAWAB kepada ibu bapa.  (Sekarang banyak kes di mana ramai anak yang bijak dan jutawan membiarkan ibubapa mereka di kampung sendirian malah ada yang diletakan di rumah orang tua). Apakah ini yang dikatakan BIJAK?  Biarpun pendidikan sekadar UPSR namun jika mampu membentuk keluarga yang baik dan pada masa yang sama mampu memikul tanggungjawab maka itulah ANAK YANG SOLEH & SOLEHAN. Amin.

Oh Kome, Dengoyan Udah Luroh


Durian Tembaha Niah ~ RM20 sekilo..

Musim durian dah mula di Miri tapi harga faham-faham je la kalau musim tak banyak.  Hargapun dah macam harga emas.  Pak Udak beli hari tu empat biji seratus tetapi puas hati sebab semua isi bagus...Buah pilih katakan...Tapi tak boleh nak makan selalu sebab mahal...

Friday, September 14, 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16.9.2012


16 September 2012 akan diraikan Hari Malaysia yang ke-49 tahun di Bintulu Sarawak.  Ini bermakna selama 49 tahun juga Sabah & Sarawak bebas dan merdeka dari penjajahan British.  Namun begitu, Pak Udak mohon supaya sejarah pembentukan Malaysia 49 tahun lalu perlu diajar dan difahami oleh seluruh jagat raya rakyat Malaysia.  Kefahaman ini penting untuk mengelak wujud tanggapan negetif terhadap Sabah dan Sarawak.  Pak Udak bersyukur berada dalam Malaysia namun dalam beberapa perkara asas, Pak Udak mohon supaya Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan dalam pembangunan negara.  Selamat Hari Malaysia.

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor