Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, June 24, 2012

Gula Mitai (Gula Kapas) Asli Sarawak



Inilah Gula Mintai Sarawak.  Nak dijadikan cerita, Pak Udak teruja juga nak tahu gula mintai ni macam mana la bentuknya.  Rupa-rupanya gula kapas.  Rakan-rakan kat opis selalu je sebut dan akhirnya jumpa juga di gerai jual kuih tradisional berhadapan dengan Masjid Bahagian Kuching.  Beli 5 bungkus je tapi dah kena belasah 4 bungkus dan nampaknya sebungkus je dapat bawa kat opis... Hahahahah lama duduk di Sarawak dan memang asal usul Sarawak inilah pertama kali makan mintai....


Thursday, June 21, 2012

Mussels with Peppermint leave + Red Hot Chili Pepper + Garlic.


Mussels with Peppermint leave + Red Hot Chili Pepper + Garlic. 

Inilah menu makan malam kami tadi Kupang @ mussels masak biasa-biasa je...Maklumlah selera kampung.   Tapi ala-ala prancis sebab ada peppermint dan garlic.  Orang putih mana reti sangat makan cili padi.  Benda alah ni Pak Udak beli kat Pasar Malam.  Murah je..RM2.oo sebungkus.  Rugi kalau tak beli tapi ramai yang tak tahu benda ni sebab makcik tu jual dalam bungkus plastik hitam. Dah la benda ni hitam memang orang tak nampak. Cuba letak dalam bekas yang warna putih mesti ramai yang nak beli...Sebab kupang ni susah nak dapat. ..Selamat menjamu selera..

Saturday, June 16, 2012

My Birthday 16.6.12



Semalam ada Birthday Surprise Party kat office.  Terharu atas ingatan rakan sekerja.  Walaupun berstatus ketua namun dalam pekerjaan seharian, Pak Udak anggap mereka semua seperti saudara mara.  Yang muda belajar dari yang lebih tua dan yang tua berkongsi pandangan dengan yang muda.  Indahnya kehidupan jika saling memahami antara satu sama lain.   

Monday, June 11, 2012

Bubur Sagu Badak Berendam



Hidangan petang tadi bagi Bubur Sagu.  Disediakan untuk juadah berbuka puasa di bulan Rejab.

Kuching Waterfront 2012



Kuching Waterfront view in the early Morning of June 10, 2012.

Sanggar Cheese Crispy



 Pisang Goreng Berkeju - Menu Indonesia namun semakin popular di Malaysia

Monday, June 4, 2012

Burger Aiskrim Strawberry+Vanila+ Chocolate


Nostalgiakan Aiskrim ni.  Kalau dulu harganya $0.50 je pada zaman 80-an.  Tapi sekarang harga Burger Aiskrim ni $2.00.  Simple je nak buat cuma kadang kala kalau buat sendiri macam membazir je sebab kena beli sebungkus roti burger dan airskrim sekali...Kos dekat nak $10.. (Roti $2.00 + Aiskrim $7.00)...

Mee Hoon Goreng 5 Rencah 5 Rasa


Inilah Menu Dania malam ni ~ Mee Hoon Goreng 5 Rencah 5 Rasa untuk makan malam Dania yang suka sangat makan mee.  Susah betul nak bagi anak makan, kena banyak fikir macam mana nak masak makanan yang dia suka.  Apa yang penting makanan kenalah berkhasiat dan sedap.  ~ MasterChef di Rumah.

Cahaya Qaseh di Miri


Kathy Tuah di Taman Awam

Sinopsis Novel Cahaya Qaseh


“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.


“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…


Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

Kalau tak tahu lebih lanjut sila baca kat sini.


Cahaya Qaseh with Sakura Blossom's in Miri.

Sakura Blossom's in Miri


Semoga percubaan pertama Cahaya Qaseh sebagai novelis berjaya dan  mampu menyumbang karya yang bermutu untuk masyarakat.  

Sunday, June 3, 2012

Sakura blossom's in Miri.


Sakura blossom's in Miri. Location: Taman Awam Miri on 1st June 2012

Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipĂȘ rosa.  Source: Baca kat sini...

Saturday, June 2, 2012

Green White Purple Autumn in Miri



Siapa kata negara kita ni tak ada musim bunga...Lihat saja guguran kuntuman bunga dari pokok Tabebuia pentaphylla yang indah terdampar di bumi Miri. Pemandangan ini biasa dilihat sekitar penghujung bulan Mei. Gambar kat atas ni diambil di Taman Awam Miri pada 1 Jun 2012. Suasana nyaman, radup dan sedikit dingin menjadikan Taman Awam Miri seperti Musim Sakura di Jepun...

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor