Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Monday, October 29, 2012

Sambal Goreng Petai Pujut Adong


Sambal Goreng Petai...Emmmm lama tak masak ni sebab susah nak cari Petai. Pagi tadi rezeki awal pagi, Kak Lin bagi Petai.  Apalagi masaklah.

Saturday, October 27, 2012

Keribang Rebus @ Sweet Potato


Keribang Rebus. Harga setompok RM1.00. Ko ada!. Mana nak cari keribang yang murah ni kecuali kat Bekenu.

Bakso Tulang Daging Korban


Bakso Tulang Dagin Korban.  Rezeki di hari raya.  Orang memberi kita merasa.  Terima kasih.

Laksa Sarawak Banjir Udang Hari Raya Haji


Laksa Sarawak Banjir Udang...Ini sebenarnya bukan laksa tetapi laksa Udang..Hahahaha kalau makan kat kedai seekor je orang letak dalam tu...Kalau buat sendiri 10 pun ok...Juadah hari Raya Aidiladha kami,

Sambal Udang Terung Orang Sarawak


Sambal Udang Terung Orang Sarawak.  Ini isteri yang masak.  Serius dia masak kali ni paling sedap.  Gread AAA.  Berkat menonton Master chef musim ke-2. Haha

Sayur Keladi Masak Lemak Udang


Sayur Keladi Masak Lemak Udang.  Juadah tengahari Sabtu.  Happy Holiday .

Sunday, September 23, 2012

Udang Semuan


Udang Geragau kalau di SM dan di Miri lebih dikenali sebagai semuan.  Kalau yang kecil lagi di panggi bubok.  Musim semuan dan tiba dan pasti tak lama lagi akan ada pula musim bubok di Miri.  Harga hari ini murah dari semalam iaitu RM4.oo sekilo..

Saturday, September 22, 2012

Mendidik Anak di Alaf 21


Dania ~ earphone.  Baru 3T3B dah tahu guna Notebook

Dalam mendidik anak-anak, approach hendaklah betul kerana situasi masa kini jauh sama sekali berbeza dengan tahun-tahun 80-an dan 90-an.  Pada waktu itu, akses jalur lebar dan internet amat sukar dan tiada.  Justeru, masa dan waktu banyak terluang bersama anak-anak.  Namun situasi itu berbeza kini kerana hampir setiap saat updated facebook dikemaskini.  Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya, mewarna, membentuk sikap dan perilaku anak.  Oleh itu, PERHATIAN adalah perkara pertama yang perlu diberikan kepada anak disamping KASIH SAYANG yang tidak berbelah bagi.  Bagi ibu bapa yang bekerja, faktor tiada masa sepatutnya tidak timbul kerana QUALITY TIME bukan memerlukan masa yang lama kerana yang sedikit itu mampu memberi IMPAK yang besar.  Bagi suami isteri, perkataan KOMITMEN harus difahami dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak kerana anak-anak adalah amanah serta pelaburan jangka masa panjang.  Jatuh bangunnya anak kita terletak ditangan ibu bapa.  Justeru, dalam mendidik anak-anak pada masa kini khususnya pada tahun 2012 ~ percampuran formula KASIH SAYANG+PERHATIAN+KOMITMEN+DOA insyaallah akan melahirkan generasi yang baik dan seimbang.  Bagi Pak Udak prestasi akademik bukan ukuran 100% jayanya anak-anak kita dalam kehidupan tetapi kejayaan yang sebenar apabila anak kita mampu menjadi MANUSIA YANG BERGUNA, BERDIKARI, BERIMAN, dan berupaya MENGALAS TANGGUNGJAWAB kepada ibu bapa.  (Sekarang banyak kes di mana ramai anak yang bijak dan jutawan membiarkan ibubapa mereka di kampung sendirian malah ada yang diletakan di rumah orang tua). Apakah ini yang dikatakan BIJAK?  Biarpun pendidikan sekadar UPSR namun jika mampu membentuk keluarga yang baik dan pada masa yang sama mampu memikul tanggungjawab maka itulah ANAK YANG SOLEH & SOLEHAN. Amin.

Oh Kome, Dengoyan Udah Luroh


Durian Tembaha Niah ~ RM20 sekilo..

Musim durian dah mula di Miri tapi harga faham-faham je la kalau musim tak banyak.  Hargapun dah macam harga emas.  Pak Udak beli hari tu empat biji seratus tetapi puas hati sebab semua isi bagus...Buah pilih katakan...Tapi tak boleh nak makan selalu sebab mahal...

Friday, September 14, 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16.9.2012


16 September 2012 akan diraikan Hari Malaysia yang ke-49 tahun di Bintulu Sarawak.  Ini bermakna selama 49 tahun juga Sabah & Sarawak bebas dan merdeka dari penjajahan British.  Namun begitu, Pak Udak mohon supaya sejarah pembentukan Malaysia 49 tahun lalu perlu diajar dan difahami oleh seluruh jagat raya rakyat Malaysia.  Kefahaman ini penting untuk mengelak wujud tanggapan negetif terhadap Sabah dan Sarawak.  Pak Udak bersyukur berada dalam Malaysia namun dalam beberapa perkara asas, Pak Udak mohon supaya Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan dalam pembangunan negara.  Selamat Hari Malaysia.

Friday, August 31, 2012

Salam Kemerdekaan ke-55


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-55 ~ JANJI DITEPATI. MERDEKA.

Friday, August 10, 2012

Sunday, August 5, 2012

Kek Lumut Kukus Sarawak


Bila syawal menjelma, Sarawak menjadi sangat popular dalam carian google kerana ramai yang hendak mencari  resepi Kek Lapis Sarawak.  Semalam sempat Pak Udak buat kek Lumut untuk juadah berbuka puasa.  Hasilnya amat membanggakan apalagi dibuat oleh lelaki..

Sunday, July 29, 2012

Thursday, July 26, 2012

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara kerajaan



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.  Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.   Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. 


Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.  Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. - Bernama

Sunday, July 22, 2012

Kuih Bongkol Sarawak



Juadah paling diminati pada bulan puasa.  Kuih Bongkol RM1.00 untuk 3 biji. 

Tuesday, July 17, 2012

Macaroni Cheese Cream Mushroom


Macaroni Cheese Cream Mushroom for my family dinner tonight.  The taste so amazing...

Monday, July 9, 2012

Bubur Beras Hitam Sarawak


Bubur Beras Hital Sarawak.  Beras hitam ni Pak Udak dapat di Pekan Lundu Sarawak. Lebih kurang 100 Km dari bandaraya Kuching.  Harganya hanya RM5.00 sekilo...

Tuesday, July 3, 2012

Fresh from the oven: Chocolate Muffin


Chocolate Muffin untuk Dania.  Kalau nak resepi pergi kat sini RESEPI COKLAT MUFFIN

Sambal Terung Bakar



Inilah Sambal Terung Bakar versi terung cina...Kalau nak rasa masam sikit kena pakai Terung Emas atau terung Dayak. Cara nak buat senang je, bakar dulu terung kemudian cuci supaya kesan terbakar pada kulit terung hilang.  Kemudian campurkan dengan sambal belacan.  Tu je...

Sup Tauge Bertauhu


Menu Sihat ~ Sup Tauge Bertauhu.  Tapi kalau hari-hari makan macam ni bosan gak...esok nak cari daging sebab lama tak masak Kari Daging Kambing.  

SeDidik "Back To School" ~ 29 Jun 2012


Majlis Makan Malam Terima Kasih Cikgu yang bertemakan "Back To School". 

 Barisan JK Pengelola Majlis Makan Malam Terima Kasih Cikgu.

Dengan hanya berbekalkan sedikit peruntukan dan muka tebal yang tak tahu malu untuk minta sponsor, kami warga pejabat SeDidik Zon Miri akhirnya berjaya mengadakan majlis yang sederhana tetapi Grand. Ko Ada!.

Ubi Rebus Kelapa Parut


Bandung Rebus Kelapa Parut

Sunday, July 1, 2012

Dinner Time ~ Mussels Spaghetti with Curry & Basil Leave


Dinner Time ~ Mussels Spaghetti with Curry & Basil Leave


Buah Melaka Onde-Onde



Buah Melaka Onde-Onde. Kalau kat Sarawak buah ni di Buah Ara.  Mudah je nak buat.  Intinya "Gula Melaka".  Juadah hujung minggu.

Sunday, June 24, 2012

Gula Mitai (Gula Kapas) Asli Sarawak



Inilah Gula Mintai Sarawak.  Nak dijadikan cerita, Pak Udak teruja juga nak tahu gula mintai ni macam mana la bentuknya.  Rupa-rupanya gula kapas.  Rakan-rakan kat opis selalu je sebut dan akhirnya jumpa juga di gerai jual kuih tradisional berhadapan dengan Masjid Bahagian Kuching.  Beli 5 bungkus je tapi dah kena belasah 4 bungkus dan nampaknya sebungkus je dapat bawa kat opis... Hahahahah lama duduk di Sarawak dan memang asal usul Sarawak inilah pertama kali makan mintai....


Thursday, June 21, 2012

Mussels with Peppermint leave + Red Hot Chili Pepper + Garlic.


Mussels with Peppermint leave + Red Hot Chili Pepper + Garlic. 

Inilah menu makan malam kami tadi Kupang @ mussels masak biasa-biasa je...Maklumlah selera kampung.   Tapi ala-ala prancis sebab ada peppermint dan garlic.  Orang putih mana reti sangat makan cili padi.  Benda alah ni Pak Udak beli kat Pasar Malam.  Murah je..RM2.oo sebungkus.  Rugi kalau tak beli tapi ramai yang tak tahu benda ni sebab makcik tu jual dalam bungkus plastik hitam. Dah la benda ni hitam memang orang tak nampak. Cuba letak dalam bekas yang warna putih mesti ramai yang nak beli...Sebab kupang ni susah nak dapat. ..Selamat menjamu selera..

Saturday, June 16, 2012

My Birthday 16.6.12



Semalam ada Birthday Surprise Party kat office.  Terharu atas ingatan rakan sekerja.  Walaupun berstatus ketua namun dalam pekerjaan seharian, Pak Udak anggap mereka semua seperti saudara mara.  Yang muda belajar dari yang lebih tua dan yang tua berkongsi pandangan dengan yang muda.  Indahnya kehidupan jika saling memahami antara satu sama lain.   

Monday, June 11, 2012

Bubur Sagu Badak Berendam



Hidangan petang tadi bagi Bubur Sagu.  Disediakan untuk juadah berbuka puasa di bulan Rejab.

Kuching Waterfront 2012



Kuching Waterfront view in the early Morning of June 10, 2012.

Sanggar Cheese Crispy



 Pisang Goreng Berkeju - Menu Indonesia namun semakin popular di Malaysia

Monday, June 4, 2012

Burger Aiskrim Strawberry+Vanila+ Chocolate


Nostalgiakan Aiskrim ni.  Kalau dulu harganya $0.50 je pada zaman 80-an.  Tapi sekarang harga Burger Aiskrim ni $2.00.  Simple je nak buat cuma kadang kala kalau buat sendiri macam membazir je sebab kena beli sebungkus roti burger dan airskrim sekali...Kos dekat nak $10.. (Roti $2.00 + Aiskrim $7.00)...

Mee Hoon Goreng 5 Rencah 5 Rasa


Inilah Menu Dania malam ni ~ Mee Hoon Goreng 5 Rencah 5 Rasa untuk makan malam Dania yang suka sangat makan mee.  Susah betul nak bagi anak makan, kena banyak fikir macam mana nak masak makanan yang dia suka.  Apa yang penting makanan kenalah berkhasiat dan sedap.  ~ MasterChef di Rumah.

Cahaya Qaseh di Miri


Kathy Tuah di Taman Awam

Sinopsis Novel Cahaya Qaseh


“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.


“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…


Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

Kalau tak tahu lebih lanjut sila baca kat sini.


Cahaya Qaseh with Sakura Blossom's in Miri.

Sakura Blossom's in Miri


Semoga percubaan pertama Cahaya Qaseh sebagai novelis berjaya dan  mampu menyumbang karya yang bermutu untuk masyarakat.  

Sunday, June 3, 2012

Sakura blossom's in Miri.


Sakura blossom's in Miri. Location: Taman Awam Miri on 1st June 2012

Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipĂȘ rosa.  Source: Baca kat sini...

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor