Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Friday, November 4, 2011

Persediaan untuk IQA ISO9001:2008



4-11-2011 ~ Selamat Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada 6-11-2011 ni.  Memandangkan Raya Haji kali ni jatuh pada hari Ahad maka Isnin Cuti Umum.  Emmmmm tapi kali ni cuti panjang akan banyak dihabiskan dengan menyediakan dokumen ISO Student Affairs yang akan diaudit pada 9-11 November ni.  Selain diaudit Pak Udak plak yang menjalankan audit sebagai Auditor.  Ternyata november bukan bulan mudah untuk Pak Udak kerana banyak tugasan yang perlu dilunasi.  Hujung bulan plak ada Majlis Konvokesyen PPKS Miri....Pak Udak berdoa agar semua tugasan yang diberi akan dapat disempurnakan dengan baik.  Insyaallah.

Wednesday, November 2, 2011

BELAJAR MEMAAFKAN ORANG LAIN





2.1.2011 ~ Assalamualaikum kepada semua  yang saya kasihi. "Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.  Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.  Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf! Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain. 

Wordless Wednesday ~ Dania



Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor