Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Thursday, January 27, 2011

Sponge Cheese Cake



Masa ari raya 2010, Pak Tambang berjarah raya di rumah Pak Mok di Kampung Jaya Ria.  Paling membahagiakan kamek orang dihidangkan dengan cheese cake.  Pak Tambang tok bukan suka melepas peluang alulah mintak resepi dan coba molah di Miri.  Hasilnya cukup lumayan.  Malah ada yang sik cayak yang Pak Tambang molah cheese cake...Sempat berseloroh sidaknya madah Pak Tambang meli di Secret Recipe.  Tok Pak Tambang nak kongsikan resepinya biar semua kita dapat makan cheese cake buatan sendirik.
Bahan-Bahan
*  4 Biji Telur
* 2 Gelas Tepung Optima atau Tepung Patma (Tepung Span Cake) boleh dibeli di KST Bakery Ingredient.
* 75ml Minyak Masak
* 75mlm Air sejuk

Campur semua bahan dan pukul hingga kembang   Kalau Pak Tambang masuk jak semua dalam blender atau mixer.  Lepas ya kukus hingga masak.
 
Untuk Topping (Atas Kek)
* Cheese Cream (Fatura)
* Susu Pekat
* Cheese Halus

Pukul Cream Cheese dengan susu manis selama 20 minit...Lepas ya letak atas kek (topping) dan tabur cheese atas kek...simpan lam peti ais kejap...dan hidangkan...Selamat mencuba.

Pak Tambang - Dapur tanpa sempadan.

Bingka Kaben @ Roti


Sapa-sapa teringin nak makan Bingka Roti. Pak Tambang ada resepinya.   Senang jak molahnya....

Bahan-bahan
* 5-6 keping roti kaben @ Bread biasa
* 2 biji telur - pukul sikit
* 1 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan gula pasir
* 1/2 sudu kecil garam
* 400ml santan
* Mun mauk sedap engkap Butter lebih kurang 50gm
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
Rendam roti hingga kembang..paling bagus lam air panas.  Satukan santan (Santan Cair Lam Kotak RM1.80) dengan tepung gandum, garam dan telur, sebatikan dan tapis. Mun Pak Tambang pake blender jak semua bahan ya dan sik perlu ditapis.  Masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau atau blender hingga sebati.  Jika ada bekas bingka, tuang ke dalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam. (Ya mun nak molah bingka tunok).  Tapi mun sikda bekas bingka masuk dalam Oven pun dapat juak. Suhu dalam 170'C guna api bawah dan atas.  Masak selama 45 minit (tangga-tangga juak takutnya angus).  Mun mauk mudah Pak Tambang biasa kukus jak sampe masak...Pasya baruk masukkan dalam oven untuk keringkan sikit.  Pasya biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba.

Pak Tambang - Dapur Tanpa Sempadan.

Nasi Bariani Pak Tambang


Kat Miri ni kalau nak makan nasi bariani yang sedap susah sikit.  Kalau adapun kat kedai mamak.  Tu pun ada lain sikit cara penyajiannya. Lainlah kalau di Kuching yang cukup terkenal dengan Nasi bariani Tok Janggut di Chow Lin Park, Daun Kari di Batu 4 dan Buhari di Satok.  Jadi bila dah geram sangat nak makan bariani timbul plak idea Pak Tambang untuk buat resepi nasi bariani yang cukup mudah dan sesuai bagi yang malas masak tapi ingin nak makan bariani.  Perkara penting bila nak masak bariani adalah beras.  Pak Tambang biasa guna beras jenama Ratu Huma (Kalau 5Kg dalam RM19.00). Kalau nak sedap lagi belilah Beras Basmathi dalam RM4.00 sekilo. Kat Miri ni beras  tu boleh beli kat Boulevard atau kat Sarvey.  Nak mudahkan pembaca, ni Pak Tambang perturunkan resepi buat sapa-sapa yang minat masak-masak ni.   Cara nak masak ni cukup mudah.  Bersihkan beras dan sukatan air macam masak nasi biasa.  Kalau boleh kurangkan "sikit air" supaya nasi nanti tak terlalu lembut.  Lepas cuci beras masukan dalam Rice Cooker masak macam biasa.  Sebaik je nasi dah masuk dalam Rice Cooker, ambil lebih kurang 100gm Butter @ Gee @ Marjerin @ Minyak Sapi dan masukkan dalam kuali.  Biar cair kejap dan pastu masukkan rempah empat beradik (Rempah Tumis) goreng bersama butter@ gee@marjerin@ minyak sapi tadi.  Biarkan sampai rempah naik baunya.  Pastu masukkan semua campuran tadi dalam rice cooker.  Tambah sikit garam secukup rasa dan biarkan hingga nasi masak.  Kalau nak cantik lagi, titikan pewarna kat nasi bila dah masak (Jangan banyak, nanti jadi Nasi Pelangi).  Bila nak dihidangkan, gaul nasi tadi dan sudah pasti bentuk, rupa dan citarasanya akan membuka selera anda.  Sesuai dihidangkan bersama Kari Ayam@Kari Daging dan Dalca.  Pak Tambang biasa makan dengan Ayam Goreng Berempah (resepinya nanti Pak Tambang bagi). Selamat mencuba. 

Pak Tambang - Dapur tanpa sempadan.




Wednesday, January 26, 2011

LOVE


Be kind rather than be cruel
Get close rather than run away
See good rather than what is bad
Adore rather than deface
Be patient rather than give up
Be grateful rather than sad
Forgive rather than hold on to resentment
Let go rather than cling to things
Support rather than gossip
Be optimistic rather than be negative
Commit rather than put off
Help rather than wait
Understand rather than judge
Openness rather than prejudice
Willingness rather than stubbornness
Sympathize rather than reject
Warmth rather than coldness
See rather than ignore
Realize rather than fantasize
Praise rather than scold
Compassion rather than indifference
Laugh rather than be perfect
Cry rather than shut down
Give rather than receive

Tuesday, January 25, 2011

Pak Tambang Menulis



Salam buat teman seangkatan dan sezaman.

 Setelah berehat lama dalam penulisan, akhirnya Pak Tambang terjun semula ke dunia penulisan blog. Harapan Pak Tambang agar blog ini nanti lebih bermanfaat dan sudah pasti jauh sekali dari anasir-anasir liar dan dosa. Biarlah blog ini tiada "roh" sebab niatnya bukan untuk menghidupkan semangat yang lain, cuma sekadar membangkitkan semula minat dan cinta dalam penulisan blog. Sejak memasuki usia 30-an, Pak Tambang lebih terarah pada hobi yang santai dan mesra alam. Yang paling penting di saat-saat sebegini, keluarga menjadi keutamaan Pak Tambang. Blog ini nanti akan membawa anda menelusuri kisah "Dapur Tanpa Sempadan" dan "Kembara Semusim Pak Tambang" setelah menempuhi tiga dekad penuh makna dan sejarah.

Pak Tambang

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor